Tuesday, June 23, 2009

Tahniah dan Syabas (Adik Mohamad Akram)

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Adik Mohamad Akram bin Hassan yang telah terpilih menyertai Pemilihan Pemain Bawah 12 Tahun 2009 Saitama International Junior Tournament Jepun bagi menjalani 3 Fasa latihan dan pemilihan mulai 22 Jun 2009 hingga 7 Julai 2009 di SMK Victoria , Kuala Lumpur . Sekiranya terpilih, Adik Mohamad Akram akan menyertai Kejohanan di Saitama , Jepun pada 21-27 Julai 2009. Sama-samalah kita berdoa akan kejayaannya. Mohd Akram Hassan merupakan pelajar Tahun 6 yang bergiat aktif dalam kokurikulum sekolah. Biarpun sekolah kekurangan alatan terutamanya tanpa padang, namun sekolah berbangga kerana dapat melahirkan pelajar yang berbakat besar terutamanya dalam sukan bola sepak. Sekolah berbangga dan berjanji untuk memartabatkan sukan selari dengan peningkatan bidang akademik.

3 comments:

num kadok said...

tahniah akram! Bagaimanapun study jangan lupa...

Admin SKBP said...

laluan kerjaya dah ada,cuma usaha sikit dalam pelajaran. dengan ini ada peluang ke sek sukan bukit jalil. harapan ummie jangan sia-sia apa yang dah ada. 'strive towards execellent....'

Fyka :) said...

tahniah akram!!study jgn lupa tau..semua org harap awak dapat masuk ke sek sukan bukit jalil tahun hadapan..good luck!!