Thursday, June 23, 2011

Pertukaran PK KO ditangisi warga sekolah

Hari ini telah mencatat sejarah duka sekolah, di mana pertukaran Penolong Kanan Kokurikulum sekolah Cikgu Wan Roslan Wan Hassan ditangisi oleh keseluruhan warga sekolah. Setelah berkhidmat selama 22 tahun di sini, beliau merupakan tunggak dalam pembangunan pendidikan sekolah ini. Beliau merupakan cikgu yang sebenarnya berkebolehan dalan semua hal. Tenang dalam menghadapi masalah dan tekanan. Komited dalam menjalankan tugas. Hebat dalam menyelesaikan masalah. Akur pada perintah. Cikgu yang kreatif serta berinovasi dalam kerja buatnya. Periang serta lawak orangnya. Sikap penyayangnya, setiap tahun jadi "Guru Popular" (hari guru) beliau sangat disayangi oleh semua murid.....Tidak hairanlah hari ini semasa majlis perpisahan beliau, tangisan murid kedengaran di sana sini.

Wednesday, June 22, 2011

Lawatan dari PPD Kuala Krai ke SK Bunut Payong...

Sekitar lawatan guru-guru dari PPD Kuala Krai pada 22 Jun 2011..

Seramai 35 orang guru pemulihan khas dari sekolah-sekolah dalam PPD Kuala Krai telah melawat untuk berkongsi ilmu mengenai pengurusan dan P & P pemulihan khas di sekolah ini. 'Bilik Mutiara' merupakan bilik contoh yang telah dikenalpasti oleh pihak Jabatan Pendidikan Kelantan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya adalah Puan Hajah Rahan bt Othman.(juru latih utama peringkat kebangsaan/jabatan. Pengurusan P & P menepati dasar-dasar yang disarankan oleh pihak kementerian.

Kami, warga sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian kehadiran para pendidik dari daerah PPD Kuala Krai. Semoga kehadiran tuan/puan mendapat 'input' dalam memberi fokus terhadap literasi dan numerasi dalam pembangunan pendidikan sekolah rendah.