Wednesday, January 28, 2009

SUATU NILAI

suatu nilai bersifat mujarrad(abstract), tidak dapat diraba dengan pancaindera. tidak dapat dilihat dengan mata, rupanya bagaimana. tidak dapat dicium baunya, harum atau busuk sekali sekala mendabit dada, Bernama jujur & ikhlas, hanya dapat disaksi bersama operasi, harus melekat pada suatu model, seorang guru, seorang bapa, seorang kawan mahupun seorang pencinta dapat mencerminkan harga nilainya, jujur & ikhlas itu pada dirinya boleh menjadi perangsang. bukan hanya hiasan antara perkataan dan perbuatan. yang mungkin bawa sejuta kebarangkalian cebisan rasa SRSA/KY

Prasarana yang kondusif, selesa untuk P&P berkualiti

Tuesday, January 27, 2009

SEGUNUNG HARAPAN 2009

Pelan Pembangunan Pendidikan Sekolah Kebangsaan Bunut Payong bertujuan memperkemaskan pelaksanaan program-program pendidikan serta memantapkan lagi proses pembinaan modal insan secara menyeluruh dan berterusan supaya dapat menghasilkan output (pelajar) yang berkualiti dari segi akademik dan sahsiah mengikut apa yang disarankan oleh KPM di peringkat sekolah rendah. di samping dapat mempertingkatkan pencapaian keputusan UPSR dari tahun ke setahun sehingga dapat mengukuhkan kedudukan sekolah dan mencapai visi yang dihasratkan menjelang tahun 2010. Maka, amatlah wajar usaha kolaboratif di kalangan warga pendidik sekolah ini serta semua pihak yang berkepentingan dapat digembleng demi menjayakan matlamat dan halatuju yang dihasratkan dalam merangka kecemerlangan pembangunan sekolah berasaskan Pelan Pembangunan Pendidikan sekolah ini. FOKUS 2009 Penyeliaan akan diberi keutamaan asas dalam pengurusan dan pentadbiran tahun 2009 terutama kerja buat berhubung kait dengan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan. Pemantauan, pencerapan dan penilaian akan dijadi ‘ hard core’ dalam menentukan peningkatan pencapaian akademik sekolah ini. Pemantauan oleh pihak pengurus akan dipergiatkan supaya memastikan perjalanan P & P lancar selaras dengan selogan ‘ Jom masuk kelas’, ‘maghi wei kito pakat gi ngajar’ serta memastikan guru masuk kelas menepati masa. Pencerapan akan dijadikan sebagai landasan budaya kerja guru dalam menentukan murid belajar guru mengajar. Pencerapan berasas elemen-elemen khusus pastikan P&P berkualiti dan berkesan. Berasaskan jadual yang telah dirangka, pencerapan pentadbir dan guru-guru merupakan instrumen penting dalam menentukan halatuju P&P berkualiti dan berkesan berlaku di sekolah ini. Penilaian keseluruhan program, aktiviti, hasilkan kerja serta mutu kerja guru juga dipandang serius dalam mewujudkan budaya kerja cemerlang. Segala program dan aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan modal insan serta pembentukan sahsiah pelajar yang cemerlang (anak-anak soleh/ solehah) akan diberi fokus dari segi pelaksanaan dan keberkesanannya agar merealisasikan apa yang dihasratkan iaitu anak–anak yang mempunyai benteng dalaman yang kukuh ke arah membentuk pelajar yang cemerlang akademik serta cemerlang sahsiahnya dalam merealisasikan generasi yang berilmu dan beriman. Insyaallah………..Wassalam.

Monday, January 12, 2009

Pendekatan 'loving & caring' penting dalam mendidik anak-anak

JIKA HARI INI.........

Jika hari ini.................... Rempit bermaharaja lela Peragut berleluasa Perogol menunggu mangsa Penagih meningkat setiap masa Anak haram senang dicerita Anak-anak tinggi suara Anak-anak biadab belaka Golongan muda angguh berbicara Anak buah tidak patuh ketua Budaya asing dibangga Wang emas dipuja Materialistik dikiblat jua Nilai dalaman dilupa Maruah bangsa dinoda Tidak lain tidak bukan sejarahnya bermula dari kecuaian guru belaka….. ‘silent killer’ pembunuh bangsa …………… perosak negara…………….