Monday, December 21, 2009

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2010

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2010 telah diadakan pada 21 Disember 2009 , jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan SKBP. Guru Besar telah merakamkan ucapan tahniah serta syabas di atas komitmen guru-guru pada tahun ini (2009) yang menghasilkan lompatan saujana keputusan pencapaian UPSR dari 81.9 % kepada 92.7% dengan 13 orang murid 5A. Dengan mot0 'success & winning is teamwork' tahun 2009 maka dengan 'sharing, caring & collaborating to success' adalah moto tahun 2010. Visi, misi serta objektif sekolah perlu dihayati dan dikongsi bersama dengan keseluruhan warga sekolah untuk mencapainya. 'Honest heart produce honest action adalah tunggak utama guru berkualiti, berkesan dan cemerlang. Merealisasi P&P berkesan dan berkualiti adalah tunjang ke arah peningkatan pencapaian akademik murid. 1 kerusi,1 meja, 1 set buku teks, 1 guru & 1 buku rekod mengajar berada dalam kelas adalah persiapan menjelang tahun 2010............

Wednesday, October 07, 2009

Mesyuarat Kurikulum Kali 2/2009

Mesyuarat Kurikulum Kali 2/2009 telah diadakan pada 7 Oktober 2009 (Rabu) bagi membincangkan post mortem keputusan UBB Jun/Ogos 2009. Setiap Ketua Panitia Subjek Teras membentangkan hasil keputusan dan post mortem UBB tersebut serta cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan peratus kecemerlangan setiap matapelajaran teras.

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Selamat Hari Raya Aidil Fitri , Maaf Zahir & Batin kepada seluruh warga SKBP khususnya dan seluruh warga pendidik di Malaysia. Semoga memperoleh kesejahteraan dan kebahagiaan di hari yang mulia ini.

Wednesday, July 22, 2009

Sekitar Program Kecemerlangan UPSR 2009/LDP Kali Ke -4

Penyampaian Cenderahati kenangan dari warga sekolah oleh Guru Besar kepada Penceramah LDP . Slot pertama bertema 'Integriti Penjawat awam khususnya guru' oleh En. Wan Mohamad Hazam, penolong pengarah dari Unit Integriti Negeri Kelantan (di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan slot kedua 'Etika Kerja Islam' oleh Tn. Hj Mohd Fakrurazi bin Abd. Rahim , Penolong Pegawai PPD Kota Bharu (Unit Pendidikan Islam & Moral). 'Input' dan intipati yang diperolehi dari kedua-dua ceramah ini sungguh memberangsangkan semua peserta LDP kali ini. Secara langsung ia dapat memotivasikan guru agar lebih komited dan kompeten sebagai dan selaku pendidik. Penghayatan integriti dan etika kerja islam adalah tunjang peranan ikhlas sebagai guru dan pendidik untuk menlahirkan anak bangsa yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidik Negara.
Sekitar Program Kecemerlangan UPSR 2009
Program Kecemerlangan UPSR anjuran bersama pihak sekolah telah diadakan pada 18 Julai 2009. Sumbangan oleh Yang Berbahagia Dato' Hj Mohamad Fatmi bin Hj Che Salleh melalui En.Nik Sazila bin Nik Mohamad (Penolong Pegawai PPD Kota Bharu).
Program bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Penceramah jemputan adalah En. Mohd Nawi , Guru Cemerlang (Science) dari SK Zainab 2 dan Cik Tuan Aneeda Zuriani bt Tuan Mat dari SK Bukit Marak (Penceramah Mathematics) .

Thursday, July 16, 2009

Perjumpaan Ibu bapa Tahun Enam

Sekitar Majlis Perjumpaan Ibu bapa Tahun Enam Kali Ke-2 baru-baru ini.

Tuesday, June 23, 2009

Tahniah dan Syabas (Adik Mohamad Akram)

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Adik Mohamad Akram bin Hassan yang telah terpilih menyertai Pemilihan Pemain Bawah 12 Tahun 2009 Saitama International Junior Tournament Jepun bagi menjalani 3 Fasa latihan dan pemilihan mulai 22 Jun 2009 hingga 7 Julai 2009 di SMK Victoria , Kuala Lumpur . Sekiranya terpilih, Adik Mohamad Akram akan menyertai Kejohanan di Saitama , Jepun pada 21-27 Julai 2009. Sama-samalah kita berdoa akan kejayaannya. Mohd Akram Hassan merupakan pelajar Tahun 6 yang bergiat aktif dalam kokurikulum sekolah. Biarpun sekolah kekurangan alatan terutamanya tanpa padang, namun sekolah berbangga kerana dapat melahirkan pelajar yang berbakat besar terutamanya dalam sukan bola sepak. Sekolah berbangga dan berjanji untuk memartabatkan sukan selari dengan peningkatan bidang akademik.

PSV sebagai 'magnet' Murid Hadir Ke Sekolah

Lawatan BPK- SKBP Sekolah Rintis (PSV)
Pemantauan oleh En Saifuludin dan En Azlan dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pada 22 Jun untuk mengetahui keberkesanan modul yang dilaksanakan oleh sekolah rintis. Perbincangan dengan guru yang terlibat mengenai dengan modul. Ada di antara modul yang tidak sesuai dan perlu dibuat penambaikkan. Tapi yang pentingnya murid seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan. 'PSV sebagai daya penarik untuk murid ke sekolah' ditegaskan oleh pegawai dari BPK. Malah ia boleh menjana daya kreativiti murid serta seronok datang ke sekolah
Perbincangan serta padangan oleh pegawai BPK untuk membuat penambaikkan bilik PSV sekolah. Sudut-sudut yang jelas mengenai 4 bidang utama PSV sekolah rendah. Menggambar, membuat corak & rekaan, membentuk dan membina serta mengenal kraf tradisional.

Dalam perbincangan Pegawai BPK menyatakan hasrat BPK untuk menggalakkan(wajib) untuk menyediakan bilik PSV di sekolah rendah untuk memastikan pelaksanaan P&P PSV tidak diabaikan.
Terima Kasih diucapkan kepada En Saifuludin di atas nasihat, padangan serta cadangan yang disyorkan.

Sunday, June 21, 2009

MOTIVASI KEPIMPINAN & KECEMERLANGAN UPSR 2009

Align Center
Motivasi Kepimpinan dan Kecemerlangan UPSR telah diadakan pada 18-20 Jun 2009 di Kem Chengal , Ketereh. Tujuan program ini diadakan untuk memberi semangat jati diri kepada semua peserta yang terlibat. Peserta-peserta yang terlibat adalah seramai 120 orang dan semua murid Tahun Enam terlibat sepenuhnya dan selebihnya adalah peserta dari Tahun 4 & 5.

Thursday, June 18, 2009

Lawatan Nazir Persekutuan

Pihak sekolah telah menerima kunjungan dari En. Mohd Aslam bin Mohd Nor (Nazir Persekutuan) pada 18 Jun 2009 (Khamis) berkaitan dengan pemantauan Transformasi Kurikulum 2010 dan SK Bunut Payong terlibat dengan Program Rintis Modul Teras 5 , Pendidikan Seni selama 3 bulan bagi murid-murid Tahun 1 Cemerlang. Pn Siti Hanum sebagai tenaga pengajar yang terlibat dalam program ini.

Tuesday, June 09, 2009

JOM.......GOTONG ROYONG STUDIO/BILIK SENI

Salam buat semua guru skbp, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK dulu PPK) akan ke SKBP 23 Jun 2009 - Pemantauan sekolah Rintis pelaksanaan PSV.(KSSR 2010) Cikgu CT Hanum terlibat secara terus, diharap sediakan dokumen untuk perbincangan dan perkongsian maklumat untuk membuat penambahbaikkan modul PSV yang dibekalkan. Duhai guruku sayang, Jika ada kelapangan 10 Jun (Rabu) dijemput ke sekolah untuk sama-sama mengemaskini serta 'upgrade' lagi studio/bilik seni sekolah. Kolaborasi serta semangat kerjasama warga sekolah amat dibanggakan..... Seperti biasa setiap gotong royong amat meriah dihiasi dengan senda gurauan, ketawa manja, tanpa jemu dengan seribu keikhlasan dalam membangunkan SKBP tersayang......... Jutaan terima kasih di atas komitmen kalian. STEPS TO THE BEST

Sunday, May 17, 2009

Majis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 17 Mei 2009 (Ahad).

Saturday, May 16, 2009

Friday, May 15, 2009

Selamat Bertukar ke Sekolah Baru

Pihak sekolah mengucapkan "Selamat Bertukar" ke sekolah baru buat Cikgu Mohamad Nazeri Hussin ke SK Paloh 1&2, Gua Musang. Pihak sekolah juga merakamkan rasa ribuan terima kasih di atas segala usaha Cikgu Nazeri dalam bidang sukan bola sepak yang telah menaikkan nama SKBP dengan hebatnya. Sekolah telah kehilangan seorang lagi guru yang cemerlang dan komited dalam melatih murid-murid bermain bola sepak dan sekolah juga akan sunyi tanpa gelak tawa beliau. Semoga Cikgu Nazeri terus cemerlang di sekolah baru, insyaAllah.

Sekitar Pertandingan Bowling SKBP

Pertandingan Bowling Peringkat Sekolah Kebangsaan Bunut Payong Sempena Sambutan Hari Guru 2009 telah diadakan sebagaimana berikut:- Tarikh : 15 Mei 2009 Hari : Jumaat Masa : 3.00 Petang Tempat : Mutiara Bowl , Billion. Semua guru , staf dan seluruh warga SKBP terlibat dalam pertandingan tersebut. Ia bukan hanya sekadar pertandingan yang penting semangat kerjasama, komited & bertanggungjawab dalam menjayakan apa saja program yang dirancang. Di samping mengeratkan hubungan di antara warga sekolah bagi memantapkan lagi kolaborasi dalam menjana pembangunan pendidikan sekolah.

Saturday, May 09, 2009

Sekitar Pertandingan Bowling Anjuran MGB Kota Bharu 2

Pertandingan Bowling Anjuran MGB Kota Bharu 2 telah diadakan pada hari ini di Pacific Bowl, KB Mall. Pn. Sharifah Rahayah (Guru Besar SK Bunut Payong) turut sama menyertai pertandingan tersebut.

Tuesday, April 28, 2009

Good Luck To All Pupils of SKBP

Ummie wishes good luck to all beloved pupils in their April Test. Hope they do well and will achieve excellent result espeacially for the Year Six pupils. Don't forget to study and make revision at home as well.

Saturday, April 25, 2009

Selamat Bersara

Titipan Kenangan Terakhir dari Guru Besar..
Pihak sekolah mengucapkan "Selamat Bersara" buat YM. Pn.Hjh Tuan Rahimah Tuan Hussin yang telah berkhidmat dalam profesion perguruan selama 35 tahun. Jasa beliau tetap akan dikenang.

Tuesday, April 21, 2009

Public Speaking

Peserta dari SK Bunut Payong , Adik Nur Ainun Nabilah dari Tahun 6 Cemerlang telah menyertai Public Speaking Peringkat QIT Salor pada 21 April 2009 dan telah mendapat tempat saguhati. Walau kurang bernasib baik , pihak sekolah merakamkan rasa terima kasih di atas usaha dan komitmen Teacher Rose, Teacher Wan Yah dan Teacher Zakiah yang telah melatih murid-murid dan menyertai pertandingan tersebut.
Tahniah diucapkan kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya terpilih mewakili QIT Salor bagi ke pertandingan seterusnya.

Sunday, April 19, 2009

Program Anak Angkat

Majlis Penyerahan Anak Angkat (Murid-Murid UPSR) kepada semua guru bagi membantu dan membimbing mereka dalam subjek-subjek teras untuk kejayaan yang lebih cemerlang. Kejayaan UPSR adalah kejayaan semua warga sekolah. "Sepakat Membawa Berkat" ke arah mencapai Visi Sekolah.

Saturday, April 18, 2009

Ceramah Motivasi Tahun Enam & LDP Kali Ke-2

Pn. Farhanah Lee Abdullah ,Guru Cemerlang Bahasa Inggeris dari SK Zainab 1 merupakan Penceramah Jemputan bagi LDP Kali Ke-2 yang telah diadakan pada 18 April 2009. Pihak sekolah merakamkan rasa terima kasih yang tak terhingga di atas ceramah yang bertajuk Pengajaran Bahasa Inggeris Yang Efektif . Ceramah yang amat berkesan serta menghiburkan. Tidak lupa juga kepada Pn. Norhayati Harun, Guru Sains SKBP dengan ceramah "Masteri Science". Tajuk-tajuk Ceramah yang disampaikan telah memberi informasi kepada semua guru ke arah P&P yang berkualiti serta berkesan.

Sunday, April 05, 2009

Perhimpunan Pagi 5 April 2009

Sumbangan PIBG kepada murid-murid cemerlang 4A & 5A UBB Febuari 2009
Penyampaian Hadiah kepada pemenang Quiz Bahasa Inggeris sempena Penutup Bulan Bahasa Inggeris .
Syabas dan Tahniah kepada pemain -pemain bola baling yang telah muncul sebagai Naib Johan QIT Salor 2009

Sunday, March 29, 2009

Lagu Sekolah

Rakaman nyanyian Lagu Sekolah oleh murid-murid 5 Gemilang semasa subjek Pendidikan Muzik.

PERKASAKAN SKBP ....P&P BERKUALITI & BERKESAN

Dalam memperkasakan program utama sekolah (effective school) 'core biz' P&P berkualiti &berkesan, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah diadakan pada 28 Mac 2009 ( Sabtu) . Tajuk LDP Kali 1/2009 ini ialah P&P Berkesan dan berkualiti (Pemulihan Dalam Bilik Darjah) . Penceramah jemputan merupakan Guru Cemerlang Pemulihan Khas dari SK Hamzah 1, Machang iaitu En. Azman Mohd Yusoff . Beliau telah mengadakan taklimat, sesi perbincangan ( berkongsi ilmu) bagaimana pemulihan dalam bilik darjah (Bahasa Melayu & Mathematics) dapat dijalankan dengan efektif, selain dari itu beliau bertindak sebagai fasilitator bengkel yang diadakan bagi menyediakan modul pemulihan khas (BM) terbitan SK Bunut Payong .
Kolaborasi janaan kita bersama,
Tuju kecemerlangan terus diusaha, Terima Kasih di atas kehadiran semua, Mantapkan ilmu perkasakan kerja.