Thursday, July 29, 2010

Bimbingan Adiku Sayang SKBP-UMK

Warga sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaaan dan jutaan terima kasih kepada pihak Universiti Malaysia Kelantan di atas kerjsama serta sumbangan dalam menjayakan motivasi murid-murid tahun 6.Fasa 1 - Slot motivasi bertempat di dewan wawasan pada 26 Mei 2010 yang disempurnkan oleh Puan Marinah, Pensyarah fakulti Agro Industri dan Sumber Asli.
Fasa 2. Murid Tahun 6 seramai 30 menginap bersama pelajar UMK selama 3 hari 2 malam. Pelbagai aktiviti diadakan sebagai pengisian dalam menyiapkan diri bagi menghadapi UPSR.

Monday, July 05, 2010

'Bicara Ayahbonda Tersayang' - 4 Julai 2010

Pada waktu perhimpunan pagi 4 Julai, Yang Berbahagia Mejar Bersara En. Wan Saidin bin Wan Hassan menyempurnakan salah satu program HEM sekolah iaitu 'Bicara Ayah Bonda tersayang', ia merupakan program kerjasama (smart partnership) pihak sekolah dengan Pensatuan Ibubapa dan guru-guru sekolah ini. Program ini merupakan inisiatif kedua-dua pihak dalam menyempurnakan kurikulum tersembunyi sekolah ini. Tetemu atau personel terlibat merupakandari kalangan ibubapa murid yang berjaya dan mempunyai pengalaman yang boleh dikongsi bersama untuk menyemarakkan semangat dan motivasi murid dalam mengejar kejayaan. Kurikulum Tersembunyi perlu dititikberatkan oelh pihak sekolah dalam menyempurnakan pembangunan pendidikan secara holistik yang akan menjamin kecemerlangan murid secara total dan sempurna dalam menepati apa yang dihasratkan oleh 'Falsafah Pendidikan Kebangsaan' KPM. Kurikulum Tersembunyi adalah segala amalan-amalan sekolah atau dengan kata lain perkataan adalah 'budaya sekolah'. Ia juga merupakan segala aktiviti yang dijalankan agar dapat mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk meningkat dan mendorong pertumbuhannya.