Tuesday, December 21, 2010

Mesyuarat Guru Kali 1/2011

Mesyuarat Guru Kali 1/2011 telah diadakan pada 21 Disember 2010, bertempat di Bilik Gerakan. Setinggi-tinggi penghargaan & ucapan jutaan terima kasih kepada semua guru di atas komintmen yang telah diberi dalam membangunkan pendidikan sekolah dalam semua bidang sepanjang tahun 2010. Kolabrasi sebagai satu pasukan kerja yang mantap di kalangan warga sekolah sangat membanggakan di mana ia berteraskan kepada slogan 'sense of belonging', di antara mukadimah admin sekolah. Taklimat ringkas mengenai pelaksanaan KSSR tahun 1, MBMMBI, persediaan awal persekolahan, pengurusan tahun 2011 serta 'house keeping' dalam memperkasakan sekolah dan juga peranan pendidik sebagai 'core bussiness' kerja buat. Pembangunan modal insan hendaklah diberi perhatian yang serious untuk memastikan perkembangan pendidikan murid seimbang di peringkat sekolah rendah lagi. Perancangan untuk menghadapi tahun2011 telah selesai dengan harapan apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya...insyaallah.. terima kasih kepada semua yang hadir

Sunday, December 05, 2010

Mesyuarat Perancangan Strategik

Mesyuarat Perancangan Strategik telah diadakan pada 5hb Disember 2010 bermula 8.30 pagi.

Saturday, October 16, 2010

Majlis Penyampaian Wang Ihsan Sekolah Parlimen Kota Bharu..

Majlis Penyampaian Wang Ihsan Sekolah Rendah Parlimen Kota Bharu telah diadakan di SK Zainab 1 Kota Bharu, seramai 5 buah sekolah yang terlibat dengan bilangan penerima wang ihsan seramai 344 orang. Beberapa orang guru dari SK Bunut Payong juga telah terlibat sama sebagai petugas-petugas bagi melicinkan lagi perjalanan majlis. Penerima sumbangan wang ihsan dari SK Bunut Payong adalah seramai 25 orang sahaja dan kesemuanya hadir tepat masa. Tahniah kepada semua penerima sumbangan (ibu bapa) dan semoga bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban sekeluarga. Terima kasih jua di atas kerjasama sehingga majlis bersurai..

Sunday, October 10, 2010

Makluman: Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform SKBP

Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform SK Bunut Payong akan diadakan pada 19-21 Oktober 2010 di perkarangan SKBP. Semua murid-murid Tahap 2 adalah digalakkan untuk menyertai. Tujuan asas perkhemahan ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada seorang setiap pelajar dan juga merupakan aktiviti utama Program Ko kurikulum 2010.

Friday, October 01, 2010

Majlis Hari Raya Peringkat Sekolah..

Sekitar Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah telah diadakan pada 30 September 2010...

Monday, September 20, 2010

Majlis Penyerahan Ilmu Murid-Murid UPSR 2010

Majlis serahan ilmu (halalkan ilmu) disempurnakan dengan suasana sederhana, di sebaliknya ia amat bererti dan menyentuh hati. Sebak, pilu, dengan linangan air mata ikhlas guru, halalkan ilmu serta tunjuk ajar yang diberi, maka sudah tiba hari dan ketika yang ditunggu-tunggu tarikh sejarah buat mu anak-anak UPSR tahun 2010..... 21,22 & 23 September. Dengan ilmu yang dibekalkan dengan usaha yang gigih dengan segala pergorbanan untuk mencapai kecemerlangan......berdoa & berserah ........ BELOVED YEAR 6 PUPILS," DO THE BEST " UNTUK ANAK-ANAK TAHUN 6 KALIAN KAMI, GURU-GURU SERTA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN BUNUT PAYONG MENDOAKAN AGAR MEMPEROLEHI KEJAYAAN & KECEMERLANGAN. INSYAALLAH.......... 'SELAMAT MENDUDUKI UPSR'

Thursday, July 29, 2010

Bimbingan Adiku Sayang SKBP-UMK

Warga sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaaan dan jutaan terima kasih kepada pihak Universiti Malaysia Kelantan di atas kerjsama serta sumbangan dalam menjayakan motivasi murid-murid tahun 6.Fasa 1 - Slot motivasi bertempat di dewan wawasan pada 26 Mei 2010 yang disempurnkan oleh Puan Marinah, Pensyarah fakulti Agro Industri dan Sumber Asli.
Fasa 2. Murid Tahun 6 seramai 30 menginap bersama pelajar UMK selama 3 hari 2 malam. Pelbagai aktiviti diadakan sebagai pengisian dalam menyiapkan diri bagi menghadapi UPSR.

Monday, July 05, 2010

'Bicara Ayahbonda Tersayang' - 4 Julai 2010

Pada waktu perhimpunan pagi 4 Julai, Yang Berbahagia Mejar Bersara En. Wan Saidin bin Wan Hassan menyempurnakan salah satu program HEM sekolah iaitu 'Bicara Ayah Bonda tersayang', ia merupakan program kerjasama (smart partnership) pihak sekolah dengan Pensatuan Ibubapa dan guru-guru sekolah ini. Program ini merupakan inisiatif kedua-dua pihak dalam menyempurnakan kurikulum tersembunyi sekolah ini. Tetemu atau personel terlibat merupakandari kalangan ibubapa murid yang berjaya dan mempunyai pengalaman yang boleh dikongsi bersama untuk menyemarakkan semangat dan motivasi murid dalam mengejar kejayaan. Kurikulum Tersembunyi perlu dititikberatkan oelh pihak sekolah dalam menyempurnakan pembangunan pendidikan secara holistik yang akan menjamin kecemerlangan murid secara total dan sempurna dalam menepati apa yang dihasratkan oleh 'Falsafah Pendidikan Kebangsaan' KPM. Kurikulum Tersembunyi adalah segala amalan-amalan sekolah atau dengan kata lain perkataan adalah 'budaya sekolah'. Ia juga merupakan segala aktiviti yang dijalankan agar dapat mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk meningkat dan mendorong pertumbuhannya.

Thursday, June 03, 2010

TAHNIAH & SYABAS........SUKANEKA MERIAH WALAU TAK BERPADANG

Tahniah dan syabas pada semua warga sekolah khususnya PK KO serta ahli jawatankuasanya di atas kejayaan merancang dan melaksanakan sukaneka 2010 pada hari ini 3 Jun dengan cemerlang serta mencapai matlamat yang dihasratkan. Satu sukan satu murid adalah slogan kokurikulum yang perlu direalisasikan oleh pihak sekolah. Walaupun SKBP tidak mempunyai padang ini bukan bermakna pengurusan aktiviti dan program kokurikulum tidak dapat dilaksanakan malah ia menjadi cabaran untuk kita terus mara ke tahap juara mengalahkan sekolah yang ada segala kemudahan. Yang pentingnya semangat kerjasama dan tahu bidang tanggungjawab sebagai seorang pendidik global yang cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Terima kasih, terima kasih, dan terima kasih di atas komitmen kalian (warga sekolah)

Thursday, May 20, 2010

Sejenak Bersama (LDP-House Keeping) Tetap Dilaksanakan walaupun tidak selesa.....salah siapa?.....

Bermula pada tahun 2007 'SEJENAK BERSAMA' adalah salah satu tunggak kepada pembangunan pendidikan SKPB. Ia merupakan program LDP & 'House Keeping'yang kebiasaannya diadakan pada setiap minggu. Senario tidak selesa dapat dirasakan (dari paparan visual)kerana bilik mesyuarat tidak dapat digunakan walaupun peruntukkan baikpulih begitu banyak RM........ baikpulih dilaksanakan tidak sempurna contohnya bilik mesyuarat di pasang cermin tingkap mati kemudian tidak dipasang 'air-con', bila ditanya pihak terlibat seribu satu alasan diberi.....anyway pihak pengurusan sekolah sedang berusaha untuk mengatasinya......'janganlah saling menuding jari'

Monday, May 17, 2010

Program Nur Khamis

Program Nur Khamis merupakan satu program khas untuk kecemerlangan UPSR 2010 yang dijalankan bersama pihak pentadbir dan Panitia Agama Islam. Program ini dijalankan setiap hari Khamis selepas Solat Hajat dan Bacaan Yasin oleh Ustaz Saidin selama 15 minit .Tujuannya untuk memberi motivasi dan kesedaran dalaman murid-murid bagi menghadapi UPSR kelak.

Program ini dapat menerapkan asas nilai kecemerlangan setiap murid dengan doa-doa penerang hati yang ringkas untuk diamalkan setiap murid.

Antara kandungan pengajaran:-

1.Tuntutan setiap pelajar

2.Keyakinan diri asas kejayaan jati

3.Pengurusan masa yang berkesan

4. Kemuncak kejayaan sebenar

5.Keharmonian bilik darjah

6.Kewajipan menghormati guru

7.Komunikasi berkesan melalui budaya salam

8.Doa penerang hati

9.Doa kesihatan

10. Kesihatan dan kebersihan asas kebahagiaan

11.Makanan berkhasiat membawa berkat

12. Doa sebelum/selepas makan

13.Menghormati kedua ibubapa

14.Kelebihan berbakti kepada kedua ibu bapa

15. Bacaan semasa berada dalam kelas

16. Strategi menghadapi peperiksaan

17. Zikir untuk cerdas minda

Thursday, May 13, 2010

Sekitar Story Telling Peringkat QIT Salor 2010

Story Telling Peringkat QIT Salor 2010 telah diadakan pada 13 Mei 2010 di SK Paloh Pintu Geng. SK Bunut Payong telah juga telah menghantar peserta iaitu Adik Wan Nur Hasliza Wan Hassan dari Tahun 5 Cemerlang. Adik Wan Nur Hasliza telah berjaya mendapat tempat ke-4. Tahniah dan syabas di atas semangat dan usaha yang berani mencuba. Tidak lupa juga kepada peserta yang berjaya mewakili QIT Salor, semoga dapat membuat persembahan yang terbaik dan berjaya untuk mara ke peringkat seterusnya.

Monday, May 10, 2010

Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Penutup Bulan Matematik

Sekitar Penyampaian Hadiah Kuiz dan Sifir sempena Penutup Bulan Matematik pada 9 Mei 2010.

Saturday, May 08, 2010

Karnival Bolasepak Sekolah Rendah Piala Dato Fatmi pada 7-8 Mei 2010

Pasukan Futsal Tahun Lima SK Bunut Payong telah berjaya muncul sebagai Naib Johan dalam pertandingan ini yang telah berlangsung selama 2 hari di Padang SIC. Tahniah kepada pemain-pemain yang telah menunjukkan bakat serta semangat yang begitu kuat.

Tuesday, April 13, 2010

Pertandingan Bola Tampar (P) QIT Salor

Pertandingan Bola Tampar (P) Peringkat QIT Salor telah berlangsung pada 12 April 2010 bertempat di SK Bunut Payong. Pertandingan akhir adalah pertemuan di antara SK Seberang Pasir Mas dan SK Bunut Payong. Dengan semangat dan tidak putus asa, akhirnya Pasukan Bola Tampar(P) SKBP terus mengekalkan juara.

Monday, April 12, 2010

Pertandingan Bola Tampar Peringkat QIT Salor

Pertandingan Bola Tampar (L) Peringkat QIT Salor telah diadakan pada 11 April 2010, SK Bunut Payong sebagai tuan rumah. Seramai 9 buah sekolah yang mengambil bahagian. Pertandingan akhir menyaksikan pertemuan antara SK Bunut Payong dan SK Sultan Ismail 1. Kedua-dua pasukan sama hebat namun kemenangan berpihak kepada SK Bunut Payong. Tahniah kepada Pasukan Bola Tampar(L) SKBP yang terus kekal menjuarai Kejohanan Bola Tampar Peringkat QIT Salor pada tahun ini.

Sunday, April 11, 2010

Penyerahan Buku Sifir- Bulan Matematik & Penyerahan Buku terpakai untuk memenuhi Sudut Bacaan

Sekitar aktiviti-aktiviti hari ini..
Dalam memperkasakan program 'Jom Baca' & 'SKBP itself as a teacher' merupakan program menggalakkan dan menerapkan minat membaca di kalangan murid sekolah ini sebagai satu budaya. Untuk memperbanyakkan koleksi buku-buku, majalah serta bahan bacaaan yang sesuai serta releven dengan murid-murid, maka para guru serta ibubapa malahan orang awam digalakkan menyumbang kepada pihak pengurusan pusat sumber sekolah ini. Bahan bacaan ini akan ditempatkan disudut-sudut yang telah disediakan disekitar kawasan sekolah sebagai bahan bacaan. Kepada mana-mana pihak atau individu yang mempunyai bahan dimaksudkan adalah diseru menyumbang bagi merealisasikan pembangunan pendidikan yang memerangsangkan. Insyaalallah...
Penyerahan buku-buku cerita oleh Pn. Hjh Norlin (PKP) kepada Pn. Aryati (KP BM) untuk diletakkan di sudut bacaan sekitar sekolah bagi menggalakkan murid-murid membaca buku.
Penyerahan buku sifir kepada semua guru subjek Matematik sempena Bulan Matematik.

Tuesday, March 16, 2010

SKBP -KATEGORI 5 BINTANG KECEMERLANGAN UPSR 2009.TAHNIAH & SYABAS KEPADA SEMUA GURU

Program kecemerlangan UPSR 2010 peringkat PPD Kota Bharu bertarikh 15 Mac 2010 bertempat di BTPN, Pengkalan Chepa. Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Amat Berusaha Tuan Haji Mohd Ghazali Ab Rahman, Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan yang disayangi dan dikagumi oleh seluruh warga pendidik negeri ini. Turut hadir bersama adalah Yang Berusaha Tuan Haji Zahari, Ketua sektor Pengurusan Sekolah yang merupakan panglima perang dalam meningkatkan pencapaian UPSR di seluruh negeri Kelantan. Majlis dihadiri oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah dalam PPD Kota Bharu. Dalam ucapan Tuan Pengarah, kami diingatkan sebagai pentadbir sekolah mempunyai tanggungjawab serta amanah yang besar dalam mendidik anak bangsa. Berpaksikan iman serta mengingatkan mati (pahala sebagai ganjaran) dalam menyempurnakan amanah. Kerja buat yang ikhlas, doa sebaik mungkin, diberi penunjuk serta diberkati oleh Allahswt dalam membawa anak bangsa ke arah kecemerlangan. Kerjasama memungkinkan impak yang cemerlang, kesepakatan semua memungkinkan kejayaan organisasi yang diterajui. Hasrat Pengarah ' Cakna Pendidikan Kelantan Tersohor' telah meyempurnakan penyampaian sijil kepada sekolah-sekolah mengikut kategori pencapaian UPSR masing-masing. Antaranya SKBP telah disenaraikan dalam kategori 5 Bintang kecemerlangan UPSR 2009 berdasarkan pencapaian peratus am, peratus kecemerlangan dan gred purata sekolah capai. Kemudian ketua sektor pula memberi input-input serta formula bagaimana untuk meningkatkan pencapaian sekolah. Antaranya adalah pihak pengurusan sekolah mesti menguasai analisis pelunjuran data 'headcount'. Pengajaran dan Pembelajaran berkesan. Peranan penyelaras tahun-tahun yang proaktif. Peranan Panitia berkesan. Dan yang tentunya barisan guru yang kominted, ghairah untuk mencapai kecemerlangan. Kita sebagai guru seharusnya mempunyai semangat berkorban dan ikhlas dalam membangunkan anak bangsa. Jangan pentingkan diri, jangan mencari alasan dan jangan cari punca masaalah. Pesanan Tuan PPD, Tuan Hj Ab Aziz, 'Cintakan Kerja bertindak segera. Insyaallah......... To all my beluv teachers.... Thank you so much 'Collaboration is the key to success'

Monday, March 08, 2010

Perhimpunan Pagi - 7 Mac 2010

LAUNCHING 'MARCH IS OUR ENGLISH MONTH'

Wednesday, February 24, 2010

GURU FAKTOR PENENTU PEMBANGUNAN PENDIDIKAN SEKOLAH -Sekitar Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Guru Penyelaras....

Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Guru Penyelaras Unit-unit Kurikulum, HEM dan Ko-Kurikulum telah diadakan pada 21 Februari 2010 (Ahad) bertempat di Dewan Wawasan. Dalam ucapan ringkas Guru Besar menyarankan kepada semua warga guru skbp perlu memberi fokus terhadap P&P berkualiti dan efektif dalam meningkatkan pembangunan pendidikan sekolah ini. Guru berkualiti merupakan faktor penentu kepada peningkatan prestasi sekolah dan pencapaian murid. Pendekatan 'fun learning' dalam proses pelaksanaan P&P akan dapat memerangsangkan murid-murid untuk belajar dengan lebih seronok sesuai dengan alam pendidikan di peringkat rendah. Maka kreativiti serta inovasi pengajaran perlu diterokai oleh semua guru dalam memastikan P&P mereka menarik minat murid. Segala bentuk proses pembelajaran 'formal& informal' peranan utama terletak pada tanggungjawab guru. Sempena dengan perlantikan ini secara rasmi semua guru perlu sempurnakan amanah dan tanggungjawab dengan terbaik dan bersungguh-sungguh dalam merealisasikan SKBP antara sekolah cemerlang di Kelantan pada tahun ini. Beliau mengucapkan tahniah & syabas pada semua warga sekolah di atas peningkatan yang cemerlang UPSR pada tahun lepas. Dari 81.6% (2008) kepada 92.77% (2009)'Teaching is a work of a heart', if students do not learn the way we teach, then let us teach the way they learn. Do know every child has the ability to learn, and to do well in school. There is no such thing as a stupid child, only boring lessons. 1SKBP - Pupils First, Performance Now.

Saturday, January 23, 2010

PERTUKARAN PKP

Pertukaran setara di antara Penolong Kanan Pentadbiran Puan Siti Ruhanah bt Harun SK Bunut Payong dengan Penolong Kanan Pentadbiran Puan Hajah Norlin SK Zainab 2. Barisan pentadbir dan seluruh warga sekolah SK Bunut Payong ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas jasa , usaha, kerjasama serta komitmen yang telah disumbangkan kepada peningkatan pencapaian kurikulum khususnya peningkatan pencapaian UPSR sekolah ini. Kami doakan kesejahteraan serta lebih cemerlang selaku PKP SK Zainab 2 yang dikenali sebagai sekolah Kluster. Kami juga mengalu-alukan kedatangan Puan Hajah Norlin, semoga dengan pengalaman beliau ada dapat memberi input baru serta idea bernas dalam memperkasakan sekolah ini dari semua aspek dalam pembangunan pendidikan khususnya kecemerlangan UPSR. 'Yang Patah Tumbuh Yang Hilang Berganti'. InsyaAllah....................

Saturday, January 02, 2010

Solat Hajat Sempena Tahun Baru 2010

Majlis Solat Hajat Sempena Tahun Baru 2010 telah diadakan pada 2 Januari 2010 (Sabtu) bertempat di Bilik J-Qaf SK Bunut Payong. Majlis Solat Hajat ini adalah bagi memohon keberkatan di atas segala kerja buat dan kejayaan sekolah di tahun baru...

Friday, January 01, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA WARGA SK BUNUT PAYONG....