Tuesday, June 09, 2009

JOM.......GOTONG ROYONG STUDIO/BILIK SENI

Salam buat semua guru skbp, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK dulu PPK) akan ke SKBP 23 Jun 2009 - Pemantauan sekolah Rintis pelaksanaan PSV.(KSSR 2010) Cikgu CT Hanum terlibat secara terus, diharap sediakan dokumen untuk perbincangan dan perkongsian maklumat untuk membuat penambahbaikkan modul PSV yang dibekalkan. Duhai guruku sayang, Jika ada kelapangan 10 Jun (Rabu) dijemput ke sekolah untuk sama-sama mengemaskini serta 'upgrade' lagi studio/bilik seni sekolah. Kolaborasi serta semangat kerjasama warga sekolah amat dibanggakan..... Seperti biasa setiap gotong royong amat meriah dihiasi dengan senda gurauan, ketawa manja, tanpa jemu dengan seribu keikhlasan dalam membangunkan SKBP tersayang......... Jutaan terima kasih di atas komitmen kalian. STEPS TO THE BEST

1 comment:

num kadok said...

terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah memberikan kerjasama dalam menceriakan studio/bilik seni skbp...terutama bos sendiri yang turut turun padang!