Monday, July 22, 2013

SUDUT-SUDUT MENARIK,DI SEKITAR SK BUNUT PAYONG










CANTIK.........  Sekolah amat beruntung kerana mempunyai guru besar yang kreatif dan sentiasa mempunyai idea bagi menambahkan keceriaan sekolah.Hampir keseluruhan hasil lukisan adalah dari guru besar sendiri dan cikgu Nik Roseli serta bantuan dari rakan-rakan guru.

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH...........


KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH ADALAH UMPAMA REZEKI BUAT SEORANG PENDIDIK



 Pada setiap pagi,seawal 7.05 pagi,guru-guru akan menyambut kedatangan murid di pintu pagar sekolah. Guru-guru akan memerhatikan perjalanan murid , sehingga masuk ke kawasan sekolah.






Sebelum bermulanya,sesi pengajaran, guru-guru berbincang mengenai proses pembelajaran yang telah dan akan berjalan.


Tuesday, July 16, 2013

WATIKAH PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA HEM 2013

Majlis penyampaian watikah pelantikan AJK HEM 2013 yang disempurnakan oleh PK HEM..Seramai 18 orang guru menerima watikah tersebut. Semoga dapat menjalankan tugas yang di amanahkan.



Monday, July 15, 2013

GOTONG ROYONG UNTUK KECERIAAN SEKOLAH



Guru-guru bekerjasama membantu menceriakan bangunan baru ,demi keselesaan bersama.



Yang istimewanya,gb sendiri turun padang bagi membantu menceriakan bangunan baru bersama    guru-guru dan kakitangan lain.

Sunday, July 14, 2013

PROGRAM BULAN RAMADHAN


Murid-murid akan berkumpul di  dewan semasa rehat untuk program sepanjang bulan Ramadhan.Murid-murid akan membaca Al-Quran beramai-ramai bersama dengan guru-guru Agama Islam.




Murid-murid khusyuk dengan bacaan Al-Quran dan dipantau oleh guru-guru Agama Islam.














Thursday, July 11, 2013

TAHNIAH..


Pasukan  sekolah telah menjuarai pertandingan bola jaring luar musim bawah 12 tahun yang diadakan di kompleks sekolah pada 1 julai 2013.Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang terlibat dan telah berusaha keras sehingga berjaya menduduki tempat pertama dan tidak ketinggalan kepada guru-guru penasihat kerana dapat mengharumkan nama sekolah  dalam pertandingan tersebut. Terima kasih atas sumbangan kalian.

Monday, July 08, 2013

"HAPPY BIRTHDAY CIKGU"



 Sumbangan hadiah hari jadi untuk guru-guru yang lahir pada bulan Jun dan Julai.Ini merupakan acara bulanan ,dimana semua guru akan menerima hadiah hari jadi mengikut bulan kelahiran masing-masing.

                HAPPY BIRTHDAY.....

MAJLIS PELANCARAN BULAN AGAMA ISLAM



Majlis pelancaran bulan Agama Islam, telah dirasmikan oleh guru besar SK Bunut Payong, Pn. Sharifah Rahayah Bt Syed Ahmad,pada hari Ahad ( 7/7/2013 ) Majlis telah diserikan lagi dengan persembahan nasyid. Pelbagai aktiviti telah dirancang pada setiap hari,terutama pada bulan puasa nanti.Aktiviti berjalan pada setiap pagi dan pada waktu rehat sepanjang bulan Agama Islam.

Thursday, July 04, 2013

PERTANDINGAN MEWARNA ( PRA ) DI DBP



Pada 29.6.2013, satu pertandingan mewarna ,anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.Adik Damia dari pra Mawar berjaya dalam pertandingan tersebut. Tahniah....

SPELL IT RIGHT (SIR ) - NST


Spell It Right, anjuran NST. Berjalan pada 21 .6.2013, bertempat di Hotel Renaissance.Memberi pengalaman kepada murid dengan suasana yang agak berbeza. Melatih murid supaya lebih berani dan yakin dengan kebolehan sendiri.