Tuesday, June 23, 2009

PSV sebagai 'magnet' Murid Hadir Ke Sekolah

Lawatan BPK- SKBP Sekolah Rintis (PSV)
Pemantauan oleh En Saifuludin dan En Azlan dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pada 22 Jun untuk mengetahui keberkesanan modul yang dilaksanakan oleh sekolah rintis. Perbincangan dengan guru yang terlibat mengenai dengan modul. Ada di antara modul yang tidak sesuai dan perlu dibuat penambaikkan. Tapi yang pentingnya murid seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan. 'PSV sebagai daya penarik untuk murid ke sekolah' ditegaskan oleh pegawai dari BPK. Malah ia boleh menjana daya kreativiti murid serta seronok datang ke sekolah
Perbincangan serta padangan oleh pegawai BPK untuk membuat penambaikkan bilik PSV sekolah. Sudut-sudut yang jelas mengenai 4 bidang utama PSV sekolah rendah. Menggambar, membuat corak & rekaan, membentuk dan membina serta mengenal kraf tradisional.

Dalam perbincangan Pegawai BPK menyatakan hasrat BPK untuk menggalakkan(wajib) untuk menyediakan bilik PSV di sekolah rendah untuk memastikan pelaksanaan P&P PSV tidak diabaikan.
Terima Kasih diucapkan kepada En Saifuludin di atas nasihat, padangan serta cadangan yang disyorkan.

1 comment:

num kadok said...

pengenalan modul sedikit sebanyak memberikan idea...tambahan pula murid memang seronok dan sentiasa ternanti-nanti waktu PSV...teruskan pemurnian dan penambahbaikan modul di masa-masa akan datang.