Saturday, June 29, 2013

PROGRAM KAWANKU BUKU 2013 DI DBP


Pada pagi ini - 29 hb Jun 2013, 12 orang wakil pelajar dari SK Bunut Payong, telah mewakili sekolah untuk program kawanku buku 2013 yang diadakan di DBP.Lawatan ke sekitar kawasan di DBP,memberi peluang kepada pelajar meninjau dan memberi pendedahan melalui pelbagai program yang diadakan.

Friday, June 28, 2013

SEKITAR KEM MOTIVASI TAHUN 6 DI HB VILLAGE ( 27 & 28 JUN )


Menikmati sarapan pagi bersama kumpulan masing-masing,di dataran HB Village.makan nasi lemak............sedap...........

Bersantai selepas sarapan pagi,dikolam HB Village
PK Hem, merasmikan penutup kem motivasi .
 Penyampaian hadiah oleh PK Hem kepada para pemenang dalam acara sukaneka.

Murid-murid gembira dengan cenderahati yang diterima pada majlis penutup kem motivasi .




TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA SK BUNUT PAYONG YANG MENJAYAKAN KEM MOTIVASI INI.

Sunday, June 23, 2013

PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI UJIAN PERTENGAHAN TAHUN

 Dewan peperiksaan yang telah siap disusun mengikut suasana peperiksaan yang sebenar,dengan kerjasama murid tahun 6 dan guru-guru.
 Pelajar tahun 6, diatur mengikut angka giliran masing-masing. Ia bertujuan untuk menyesuaikan diri bagi menghadapi ujian sebenar pada september nanti. ( UPSR )
 Guru setiap matapelajaran memberikan taklimat  tentang persiapan akhir sebelum menghadapi peperiksaan,yang akan bermula esok.
Murid-murid tahun 6,mendengar taklimat yang diberi dengan teliti.Semuga peperiksaan dapat dijalankan dengan baik dan keputusan yang cemerlang diperolehi.

PROGRAM PENJAGAAN GIGI SIHAT BERSAMA SOUTHERN LION MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT....

Pada 17  Jun 2013, Syarikat Southern Lion dengan kerjasama SK Bunut Payong telah menganjurkan Program Penjagaan Gigi Sihat dengan objektif  menanam sifat sayangkan gigi dalam kalangan murid-murid. Pelbagai acara telah diadakan...bercerita, tunjuk  cara gosok gigi yang betul, Anugerah King dan Queen untuk murid-murid yang mempunyai senyuman yang menawan serta gigi yang sihat dan cantik...Semoga program ini dapat dilaksanakan lagi pada tahun hadapan.

TERIMA KASIH PADA 1MDB -atas Sumbangan

Jutaan Terima Kasih kepada pihak 1MDB di atas sumbangan yang diperuntukkan untuk kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah akan memanfaatkan sumbangan bagi  menjayakan program dan aktiviti yang dipohon. - Menceriakan  Musalla Sekolah yang baru siap dibina. - prasarana menyiapkan pondok menunggu  yang terbengkalai. Menggantikan PA system yang telah rosak.

I&P GROUP & PINTAR FOUNDATION - THANK YOU SO MUCH.....

 Bas pintar  merupakan bas yang telah diubahsuai untuk tujuan PdP yang dilengkapi dengan bahan-bahan pengajaran yang canggih dan sesuai dengan murid semasa.
-Seorang pegawai dari pihak Pintar memberi taklimat  ringkas mengenai objektif program pintar pada  murid-murid.
 Pada 19/6/2013 bas Pintar Foundation  berada di sekolah. Pembelajaran dan Pengajaran yang menyeronokkan  murid dalam bas Pintar yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan yang canggih yang telah menarik minat murid.
- segmen sains
- memupuk bakat
-segmen matematik
-segmen IQ test
-segmen robotik
Pelbagai aktiviti yang diadakan menarik minat murid.
En Alfian dan Puan Herni dari I&P Group memerhatikan gelagat murid menjalankan aktiviti yang disediakan.
 Murid juga dikehendaki mengisi borang soal selidik.



TAHNIAH & JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA BLOGGER SEKOLAH YANG BARU


Bacaan Yassin dan minum air zam-zam sebelum memulakan PdP setiap hari semuga mendapat keberkatan dari Allahswt. Program ini merupakan salah satu usaha unit kecemerlangan akademik SKBP.
Pihak Admin sekolah mengucapkan jutaan terima kasih diatas usaha dan kesungguhan para barisan tenaga guru yang terlibat dengan tahun 6.
Ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu Nor dan teacher Shida yang sudi tampil seblogger baru walaupun tiada degree IT.