Sunday, December 23, 2007

'Seri Payong Kitchen Garden'




Satu lagi projek dalam proses pelaksanaan peringkat awal, ikut tindak taklimat yang diberi oleh Ketua Sektor Bahagian Sekolah Jabatan Pendidikan Kelantan. 'Seri Payong Kitchen Garden' merupakan cetusan idea untuk mengatasi masalah tempat pembuangan sampah yang menjejaskan panorama sekolah. Ia berkonsepkan taman berasaskan pokok-pokok atau tumbuh-tumbuhan yang digunapakaikan di rumah sama ada untuk memasak atau tujuan ubatan.


Disember 12, 2007 majlis gotong royong telah diadakan yang disertai oleh seluruh warga sekolah. Kehadiran mereka membuktikan tahap kerjasama yang mantap dan padu dalam menjayakan segala usaha untuk membangunkan sekolah dari semua aspek.


Pengurusan Strategik harus dijana,
Menilai membentuk aktiviti tindakan,

Pembangunan SKBP tanggungjawab bersama,

Segala penyertaan bukti pakatan.


Jutaan Terima di atas komitmen kalian.


Saturday, December 08, 2007

Congratulation!... UPSR -13 5'A'

Syabas & tahniah kepada seluruh warga SKBP di atas peningkatan pencapaian UPSR tahun ini. Peratus keseluruhan 86.9% dengan 13 orang murid mendapat 5A, merangkumi BM(P) 94%, BM(K) 94%, BI 94%, Matematik 90.5% & Sains 95.2%. Dengan kerjasama yang mantap, usaha yang gigih serta komitmen yang tinggi mengorak langkah demi langkah ke arah merealisasikan misi & visi menjelang tahun 2010. Insyaallah........


'TEACHING IS A WORK OF HEART'
Pergerakan kreatif
murid-murid tahun 6
sempena jamuan perpisahan.

GOOD LUCK & ALL THE BEST