Thursday, December 29, 2011

Kursus e-SPLG Peringkat Sekolah

Kursus e-SPLG telah diadakan untuk diberi pendedahan kepada semua guru dan staf tentang perluasan e-SPLG. Pn.Yusnee Yusoff sebagai Penyelaras LDP telah memberi taklimat kursus e-SPLG dan juga cara-cara pengisian secara online bagi kehadiran kursus luar yang semua guru/staf hadiri dan juga Book Review (Individu). Selepas taklimat kursus, semua guru dan staf-staf mengisi secara online maklumat kursus individu yang telah dihadiri. Manakala, Setiausaha & Jawatankuasa LDP sekolah mengemaskini maklumat kursus kumpulan yang telah dilaksanakan di sekolah sepanjang 2011. Perjalanan kursus ini berjalan lancar dan semua guru telah siap mengisi maklumat KKL secara online. Terima kasih di atas semua perhatian dan kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan Kursus eSPLG pada hari ini.

Friday, November 25, 2011

Lawatan Jalinan Kasih Anjuran PIBG SKBP

Sekitar Lawatan ke Putrajaya, KL,Melaka pada 22-24 Nov. 2011

Wednesday, November 09, 2011

Monday, October 31, 2011

Lawatan Benchmark Pemulihan Khas Guru-Guru PPD Machang ke SK Bunut Payong

31 Oktober 2011,Isnin seramai 26 orang guru pemulihan khas dan 2 orang pengawai dari PPD Machang telah menjadi tetamu sekolah. Mereka membuat lawatan penandaarasan pengurusan pemulihan khas serta bilik pemulihan khas 'kelas mutiara'. Konsep lawatan adalah perkongsian pengalaman dan idea di antara peserta lawatan dan guru pemulihan Pn Hajjah Rahan, pengurusan 'tadbir urus' dengan pihak pentadbir dan 'teamwork' yang mantap di kalangan warga sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian peserta lawatan memilih SKBP sebagai destinasi lawatan 'benchmark' kelas pemulihan khas. Dengan ini sekali gus telah memberi pengiktirafan'kelas mutiara' sebagai kelas pemulihan khas contoh.

Sunday, October 23, 2011

Lawatan Benchmarking dari Raub Pahang ke SKBP..

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada En Sukri Penolong Pengarah, selaku ketua unit pra sekolah di Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan kerana sudi meluangkan masa berada di SKBP, sekali gus sudi menyambut peserta rombongan dari Raub. Seramai 45 orang ahli rombongan yang terdiri dari guru-guru pra sekolah, PPM pra sekolah serta ahli warga guru dari zon Dong, Raub, Pahang. Jutaan Terima Kasih kerana memilih sekolah kami sebagai destinasi lawatan penandaarasan sekolah. Terdapat 2 kelas pra melor dan pra mawar, dimana pra mawar telah dianugerah pra sekolah 5 bintang oleh pihakjabatan pada tahun lepas dan pra melor mempunyai potensi untuk dianugerah 5 bintang pada tahun ini, insyaallah.........
Disambut dengan 'welcome drinks' diiringi dengan dikir barat dan tarian walinongsari oleh murid tahun 6. Kemudian taklimat ringkas mengenai sekolah oleh tuan Guru Besar disusuli dengan taklimat pengurusan prasekolah berbintang oleh guru pra Puan Azizah Daud.
Visual menjelaskan sekitar lawatan peserta rombangan ke kelas pra sekolah dan sekitar serta ke bilik pemulihan contoh 'kelas mutiara' lawatan diakhiri dengan makan tengahari di bilik tamu kantin dengan hidangan 'nasi kerabu' Terima Kasih,......... yang baik datangnya dari Allahswt dan yang buruk adalah dari kita manusia yang kerdil.

Friday, October 21, 2011

Perkhemahan Peringkat Sekolah 2011

Perkhemahan diadakan pada 19 hingga 21/10/2011 yang disertai 74 orang murid tahun 6. Sepanjang perkhemahan pelbagai aktiviti dijalankan ke arah membentuk serta memantapkan 'jati diri' murid sebagai persediaan untuk melangkah ke alam sekolah menengah nanti. Melalui aktiviti berpasukan semangat kerjasama, tolak ansur, penyelesaian masalah, kreativiti serta inovasi dapat diterapkan di kalangan murid. Senamrobik beramai-ramai disertai semua murid (448 orang), guru serta semua warga sekolah juga diadakan. Paparan slide menggambarkan keriangan 'didik hibur' dikalangan peserta-peserta.
Syabas dengan ucapan jutaan terima kasih kepada semua guru dan warga sekolah yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas yang diamanahkan. Kemeriahan dan kemesraan jelas membuktikan kerja berpasukan 'teamwork to our success' di mana guru-guru memasak untuk menyediakan makanan sepanjang perkhemahan. Tahniah dan syabas kapada guru wanita yang bermalam di sekolah.........Guru Besar 'ummi', Penolong Kanan Pentadbiran Hjh Norlin, Hjh Noraini, Hjh Rahan dan Cik Najihah.

Tuesday, October 04, 2011

TO SKBP TEACHERS.........

Children Learn What They Live
If a child lives with criticism He learns to condemn
If a child lives with hostility He learns to fight
If a child lives with ridicule He learns to be shy
If a child lives with shame He learns to feel guilty
If a child lives with tolerance He learns to be patient
If a child lives with encouragement he learns confidence
If a child lives with praise He learns to appreciate
If a child lives with security He learns to have faith
If a child lives with approval He learns to like himself
If a child lives with acceptance and friendship He learns to find love in the world
BY PKP Hjh Norlin

MERIAH SEPANJANG MINGGU KEUSAHAWANAN SKBP 2011

'Minggu keusahawanan' merupakan salah satu aktiviti selepas UPSR. Ulung kali program ini dijalankan cukup memberi rangsangan dalam proses pembelajaran dan pengajaran secara tidak formal. Dalam urusan jual beli, nilai-nilai murni yang dapat diterapkan adalah amanah, sikap bertanggungjawab, proses komunikasi, cara pemasaran produk, sasaran pembeli, kerjasama, tolak ansur dan pengalaman dalam urus niaga.

Sunday, September 25, 2011

PRASEKOLAH 5 BINTANG -Sekitar Lawatan Benchmarking Guru-Guru & Pegawai PPD dari Pulau Pinang..

Syabas & tahniah kepada PraSekolah SKBP di atas anugerah 5 Bintang. Komitmen dari seluruh warga sekolah amat dihargai ekoran daripada budaya kerja yang cemerlang 'sepasukan'. Sepasukan merupakan salah satu prinsip kerja X-plus yang disarankan oleh Dato' Abd Ghafar Mahmud, ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Seramai 40 orang peserta lawatan yang terdiri daripada Pegawai, guru-guru dan pembantu pengurusan murid dari PPD Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang telah memilih sekolah ini sebagai penanda aras dalam pengurusan prasekolah 5 bintang 2011. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang hadir khususnya kepada Puan Sharifah bt Yaakub pegawai prasekolah/permata PPD selaku ketua rombangan. Kehadiran mereka disambut dengan persembahan dikir barat dan tarian 'walinangsari'

Sunday, September 11, 2011

DIIRINGI DOA ....Majlis Penyerahan Ilmu UPSR 2011

Kami warga sekolah mendoakan agar calon-calon UPSR akan memperolehi kejayaan yang cemerlang, insyaallah...............
Segala usaha telah dilaksanakan oleh guru-guru dan juga pihak pentadbir dalam menyediakan murid-murid tahun 6 dalam menghadapi UPSR 2011. Pada 11/9/200 sempurnanya majlis restu ilmu serta ikhtiar akhir solat hajat pada pagi 12/9/2011 murid bersama warga guru, kemudian berserahlah pada ALLAHswt............ 'DO THE BEST AND ALL THE BEST'

Tuesday, September 06, 2011

Pemantauan oleh JPN - Kurikulum/MBMMBI

Terima Kasih diucapkan kepada pemantau-pemantau daripada Jabatan Pelajaran Kelantan - Ketua Penolong Pengarah Matematik, Tuan Hj Hilmi bin Abdullah, Ketua Penolong Penolong Bahasa Inggeris, Encik Nor Azizi Sulaiman dan Penolong Pengarah Kuriukulum, Puan Hjh Zalina bt Zakaria. Perbincangan mengenai pembangunan Kurikulum khususnya berkaitan dengan KSSR/MBMMBI di kalangan guru-guru Tahun 1 dan juga pihak pentadbir. Teguran dan pandangan pihak JPN, akan dilaksananakan untuk penambahbaikan dalam urusan pendokumentasian.

Wednesday, July 20, 2011

Terima Kasih 'KUNTUM'

SKBP telah menerima lawatan dari pihak Majalah Kuntum pada hari ini, bagi mempromosikan kempen galakan membaca.Majalah Kuntum telah diedarkan kepada semua guru dan murid-murid. Sesi bergambar juga turut diadakan bersama Si Pintar.

Saturday, July 02, 2011

Rakaman Video -Larian Serentak 1Murid,1Sukan,1Malaysia

SYABAS & TAHNIAH WARGA SKBP.....LARIAN SERENTAK, 1 MURID,1SUKAN 1 MALAYSIA

Jutaan Terima Kasih kepada seluruh warga sekolah iaitu semua murid, guru-guru serta staf sokongan yang telah menjayakan 'larian serentak 1 murid, 1 sukan, 1 Malayisa' dengan meriahnya. Lautan peserta terdiri daripada murid, guru dan warga sekolah memakai baju berbaju merah telah menyemarakkan lagi Larian Serentak ini. Ia telah dirasmikan oleh 'Ummie' (Tuan Guru Besar). Program serta aktiviti ini dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Saidin dan aktiviti memanaskan badan telah dikendalikan oleh teacher Wan Maziah. Layari: Blog Unit HEM

Thursday, June 23, 2011

Pertukaran PK KO ditangisi warga sekolah

Hari ini telah mencatat sejarah duka sekolah, di mana pertukaran Penolong Kanan Kokurikulum sekolah Cikgu Wan Roslan Wan Hassan ditangisi oleh keseluruhan warga sekolah. Setelah berkhidmat selama 22 tahun di sini, beliau merupakan tunggak dalam pembangunan pendidikan sekolah ini. Beliau merupakan cikgu yang sebenarnya berkebolehan dalan semua hal. Tenang dalam menghadapi masalah dan tekanan. Komited dalam menjalankan tugas. Hebat dalam menyelesaikan masalah. Akur pada perintah. Cikgu yang kreatif serta berinovasi dalam kerja buatnya. Periang serta lawak orangnya. Sikap penyayangnya, setiap tahun jadi "Guru Popular" (hari guru) beliau sangat disayangi oleh semua murid.....Tidak hairanlah hari ini semasa majlis perpisahan beliau, tangisan murid kedengaran di sana sini.

Wednesday, June 22, 2011

Lawatan dari PPD Kuala Krai ke SK Bunut Payong...

Sekitar lawatan guru-guru dari PPD Kuala Krai pada 22 Jun 2011..

Seramai 35 orang guru pemulihan khas dari sekolah-sekolah dalam PPD Kuala Krai telah melawat untuk berkongsi ilmu mengenai pengurusan dan P & P pemulihan khas di sekolah ini. 'Bilik Mutiara' merupakan bilik contoh yang telah dikenalpasti oleh pihak Jabatan Pendidikan Kelantan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya adalah Puan Hajah Rahan bt Othman.(juru latih utama peringkat kebangsaan/jabatan. Pengurusan P & P menepati dasar-dasar yang disarankan oleh pihak kementerian.

Kami, warga sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian kehadiran para pendidik dari daerah PPD Kuala Krai. Semoga kehadiran tuan/puan mendapat 'input' dalam memberi fokus terhadap literasi dan numerasi dalam pembangunan pendidikan sekolah rendah.

Wednesday, May 18, 2011

SELAMAT HARI GURU

'Selamat Hari Guru' kepada para pendidik yang dipanggil 'cikgu'
khasnya semua guru berkhidmat di sini. Thank You, thank you........ all of you are execellent teachers,
for up-bringing and educate all our lovely children here .......

Friday, April 15, 2011

Closing Ceremony-March is Our English Month

Closing and Prize Giving Ceremony of 'March is Our English Month' was held on the 10th of April 2011 and has been officiated by our headmistress, Pn. Sharifah Rahayah. A few interesting activities have been carried out such as sign language, singing, short reading activities, story telling competition, poison box,musical chairs and other educational games throughout March 2011.

Sunday, March 27, 2011

Sekitar Majlis Pelancaran Minggu Anti-Dadah

Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Anti-Dadah Peringkat Sekolah telah diadakan pada 27 Mac 2011, berbagai aktiviti telah diadakan seperti Pertandingan Mewarna Tahap 1, Melukis Poster Anti-Dadah Tahap II dan kuiz.

Thursday, March 24, 2011

Dearest Teacher Yusnee, we feel the pain........ 'skbp blogger'

Warga sekolah ingin merakamkan rasa simpati serta empati terhadap apa yang dialami oleh cikgu Yusnee serta family. Pertama pada 14/3/2011, anak bongsunya, Ab Rauf murid tahun 6 sekolah ini telah terlibat dalam kemalangan motosikal yang menyebabkan tangan dan kakinya patah dan memerlukan kepada pembedahan. Kemudian hari Sabtu 19/3/2011 (kalau tak silap) anak kedua Afiq Amiruddin terlibat dalam kemalangan jalan raya berada dalam keadaan kritikal dan masih koma hingga sekarang, berada dalam ICU di hospital Sungai Buloh, Selangor.
Warga sekolah telah mengadakan solat hajat dan bacaan yasin beramai-ramai pada hari ini. Memohon pada Allahswt memberi serta memberkati yang terbaik buat cikgu Yusnee serta keluarga.
'Dearest........We all feel the pain.
May The Mighty Allah SWT Bless you and all in the family.'

Sunday, March 06, 2011

Perhimpunan hari ini..

Pada perhimpunan pada hari ini, diadakan Penyampaian Cenderahati kepada semua murid yang mendapat 5A & 4A dalam UBB 1 dan juga Pelancaran Bulan Mac Bulan Bahasa Inggeris. Pelbagai aktiviti yang akan diadakan sewaktu rehat tahap 1 & 2, sepanjang bulan Bahasa Inggeris ini.

Monday, February 28, 2011

Pertandingan Bola Tampar Peringkat QIT Salor 2011

Sekitar Pertandingan Bola Tampar Peringkat QIT Salor 2011 telah dijalankan pada 27 & 28 Feb. 2011. Tahniah buat Pasukan Bola Tampar SKBP L/P kerana berjaya mengekalkan juara. Syabas!

Sunday, February 13, 2011

Pemantauan TMK/KSSR

SK Bunut Payong telah dikunjungi oleh Pn. Zuriah Muhamad (Penolong Pengarah, Unit ICT, Sektor Akademik, JPN, Kota Bharu) pada hari ini. Lawatan beliau adalah untuk melihat sejauh mana pelaksanaan TMK/KSSR oleh guru-guru Tahun 1 di sekolah ini. Turut dicerap, Pn. Mima Shafarah (Guru DST) bagi elemen TMK Tahun 1. Selain itu, beliau juga berkongsi ilmu bersama semua guru KSSR SKBP.

Thursday, February 10, 2011

Bicara Ilmu 'In house training'- PBS

Bicara Ilmu dalam Sejenak Bersama hari ini telah dipengerusikan oleh Pn.Hjh Norlin (Pen.Kanan Pentadbiran). Beliau memberitahu tentang isu-isu semasa (housekeeping) dan juga perkongsian ilmu berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR - Tahun 1, seramai tiga orang guru yang telah hadir ke kursus tersebut berkongsi ilmu memberi taklimat kepada semua guru.

Siaran langsung Perutusan Khas YB TPM

Murid-murid Tahun 4,5,6 bersama guru-guru turut mendengar Siaran langsung Perutusan Khas YB TPM dari Dewan PICC,Putrajaya pada hari ini jam 9.15. Murid-murid diagihkan kepada 3 tempat iaitu Bilik Astro, Bilik Prasekolah Mawar dan juga di Dewan Wawasan.

Sunday, February 06, 2011

Aktiviti Ko Kurikulum bermula...

Aktiviti koku bermula pada minggu ini, begitu juga latihan bola tampar ( Sukan Juara SKBP) telah berjalan lancar pada setiap petang 5.00-6.30 pm di gelanggang bola tampar.

Tuesday, January 25, 2011

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Pelajar Tahun Enam

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa/Pelajar Tahun Enam bersama Pentadbir Sekolah Kali Pertama 2011 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Wawasan SK Bunut Payong pada jam 3.30 petang. Kehadiran ibu bapa adalah seramai 72/73 orang, sambutan dan sokongan yang amat baik dari pihak ibu bapa. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan pelajar Tahun Enam serta semua guru SKBP yang hadir pada hari ini.

Thursday, January 20, 2011

Kunjungan dari JPN

Sepanjang sekolah dibuka, SK Bunut Payong sentiasa dilawati oleh pegawai-pegawai dari PPD dan JPN. Hari ini SKBP dikunjungi lagi oleh Tn. Hj Rozmi bin Abd. Rahim, Penolong Pengarah Kurikulum, Sains Menengah/Teknik Vokasional. Pemantauan kali ini berkaitan dengan e-cakna, di samping itu beliau juga memantau Tahun 1 (Transisi) dan juga mencerap Guru Tahun 6. Beliau juga bertemu dengan Penyelaras KSSR bagi mendapat maklumat tentang pelaksanaan KSSR sekolah ini. 'Bicara Ilmu' pula telah diadakan selepas waktu persekolahan, semua guru hadir di samping housekeeping oleh Pn. Sharifah Rahayah Syed Ahmad, Guru Besar,Taklimat TMK/KSSR juga telah disampaikan oleh Penyelaras KSSR, Pn Yusnee Yusoff yang juga selaku JU TMK/KSSR.
Sekitar 'Taklimat KSSR/TMK