Thursday, April 24, 2014

SK BUNUT PAYONG , NAIB JUARA BOLA TAMPAR PEREMPUAN 2014


Kejohanan Bola Tampar Di Bawah 12 Tahun, Perempuan .SK Bunut Payong muncul naib juara peringkat QIT,salor. Pertandingan berlangsung pada 23.04.2014.


Taklimat ringkas sebelum bermula pertandingan yang disampaikan oleh PK KO.


Guru pengiring yang bersorak memberikan sokongan kepada para pemain. 


PK KO menyampaikan amanat pada waktu rehat.


Pertandingan berlangsung.


Pasukan permainan seremban sekolah juga memenangi tempat ke dua dalam pertandingan yang berlangsung pada 23.04.2014.


Pasukan congkak Sk Bunut Payong.

Wednesday, April 23, 2014

KAMI JUARA


Pasukan bola tampar sekolah telah muncul sebagai juara pada kejohanan Bola Tampar Bawah 12 Tahun,Peringkat QIT Salor,2014 yang bertempat di SK Sultan Ismail 1. Kejohanan  berlangsung pada 22.04.2014, jam 2.00-6.00 petang.



Ahli pasukan bola tampar sekolah, bersama jurulatih, termasuk guru pelatih dari IPG Kota Bharu,merangkap jurulatih utama pasukan bola tampar sekolah.


Jurulatih pasukan bersama -sama turun padang untuk memberikan sokongan kepada pemain.



Perlawanan bola tampar,sedang berlangsung.



Sebelum perlawanan bermula, para pemain sempat menjalankan latihan  dengan bantuan guru pelatih dari IPG, Kota Bharu.

Tuesday, April 08, 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG ,SK BUNUT PAYONG KALI KE 29 ( 2014 )

Mesyuarat Agung PIBG, diadakan di dewan SKBP pada 3 April 2014 , bermula jam 2.30 petang.




Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid sekolah, yang telah menjadi juara di peringkat QIT Salor.


Dif jemputan bersama AJK PIBG, menyaksikan persembahan nasyid yang disampaikan oleh ahli kumpulan nasyid sekolah.


Ucapan alu-aluan daripada YDP PIBG, En Mohd Karim B Tahir.


Pn. Guru Besar SKBP, menyampaikan ucapan ringkas pada majlis tersebut.




Penyampaian anugerah kecemerlangan kepada murid-murid UPSR 2013. 5A ,seramai 16 orang dan 4A, seramai 3 orang oleh pegawai PPD, En Nik Sazila .


Barisan AJK PIBG sekolah, bermesyuarat sebagai penutup Mesyuarat  Agung PIBG yang ke 29, 2014.

Tuesday, April 01, 2014

JUARA PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT QIT


Pada 19.3.2014, kumpulan nasyid sekolah telah menyertai pertandingan nasyid MTQ peringkat QIT Salor, dan muncul sebagai johan. Selain nasyid , peserta kategori bercerita ( L ), mendapat tempat ke 3.


Ahli kumpulan nasyid ,seramai 9 orang bersama guru  pembimbing dan peserta lain.