Saturday, February 16, 2008

JI (Janaan Ilmuan) subset Bicara Profesional

Dalam program pembangunan profesionalisme keguruan 'Bicara Profesional' yang diadakan setiap hari Khamis bermula jam 12.45 membicarakan tentang apa saja berkaitan dengan 'core bussiness' sebagai seorang pendidik yang berlegar dengan isu 'P&P berkesan'. Pada 14 Feb baru-baru ni, satu program baru JI singkatan dari Janaan Ilmuan telah diperkenalkan oleh pihak pentadbir untuk menyemai & memupuk budaya membaca di kalangan warga pendidik SKBP. Sebagai permulaan GB telah mengupas isu dari hasil bacaannya tentang kemahiran & kreativiti pendekatan dalam pelaksanaan proses P&P perlu diambilkira adalah pelbagai kecerdasan murid serta mengutamakan pembelajaran berfikrah ke arah 'enjoyful learning'. Serta PKP pula mengulas tentang sikap dan budaya kerja yang dirumuskan dari sebuah artikal majalah ilmiah 'Pendidik'. Setiap minggu 2 orang guru yang terlibat membuat sinopsis bacaan yang berbentuk ilmiah untuk dikongsi bersama. Bagi mereka yang positif nampaknya tenang.....tapi mungkin ada yang merungut dalaman entahlah.......jawabnya sikap. Sebagai seorang pendidik bila membaca tentang apa saja yang berkaitan 'core bussiness' semakin banyak kita tak tahu dan tak puashati dengan kerja buat seharian. kesian anak-anak kita kalau tidak diberi hak dan peluang pada mereka kegagalan menanti di atas kecuaian kita. Nasib mereka di tangan para pendidik jangan sekali-kali mereka dipersalahkan. 'No child left behind' (Tiada murid dipinggirkan) adalah program pemulihan secara mega iaitu tahap bacaan murid hendaklah selaras dengan tahap perkembangan murid. Contohnya murid tahap 2 boleh membaca dan faham apa yang dibaca. Pelaksanaan adalah murid terlibat dijadikan anak angkat guru-guru dan yang pastikannya objektif tercapai dengan daya kreativiti mereka. 'Yang membahagiakan seseorang adalah apabila melaksanakan tanggungjawab dengan gembira'