Tuesday, October 30, 2012

LAWATAN KHAS PENGARAH PELAJARAN KELANTAN KE SK BUNUT PAYONG..

SK Bunut Payong telah menerima kunjungan khas dari Tn. Hj Hussain bin Awang , Pengarah Pelajaran Kelantan dan Mr. Simon J. Cooke (Kelantan's Crown Prince Guest of Honour) pada 30 Oktober 2012.



Sunday, May 13, 2012

Sekitar Lawatan ke Langkawi 9-12 Mei 2012

Terima Kasih kepada semua warga sekolah yang mneyertai program lawatan ini. Jutaan Terima Kasih kepada jawatankuasa yang mengurus dengan cemerlang sehingga dapat merealisasikan program LDP sekolah. Jutaan Terima Kasih khusus kepada Penolong Kanan Kokurikulum 'Ustaz Mat Madinah' yang berusaha mencari sumbangan dan berjaya membiayai 2/3 daripada peruntukkan yang diperlukan. 'Jutaan Terima Kasih Ustaz'hanya Allahswt dapat membalasnya. Matlamat serta objektif lawatan terbukti warga sekolah bersatu hati, kolaborasi dikalangan kami mantap, 'sense of belonging' hebat, toleransi membanggakan dan kerjasama yang sangat erat. Keadaan ini terbukti sepanjang masa semasa lawatan.

Wednesday, March 07, 2012

Ceramah Dadah

Sekitar Ceramah Dadah pada 7 Mac 2012

Thursday, February 02, 2012

Pelancaran Guru Penyayang 2012

Sekitar Pelancaran Guru Penyayang Peringkat Sekolah pada 1 Feb. 2012

Monday, January 23, 2012

TAHNIAH PUAN HJH NORLIN SEBAGAI GURU BESAR

Setinggi-tinggi tahniah dari warga sekolah SKBP buat Puan Hjh Norlin bt Othman ( mantan PK Pentadbiran) telah dilantik sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 2. SKBP kehilangan tunggak dalam membangunkan sekolah.
Seorang guru yang berwibawa dan penyayang,
Seorang rakan yang tulus dan ikhlas,
Sebagai pentadbir yang tegas dan kompeten,
Penjawat awam yang patuh pada arahan.
Sentiasa tersenyum dalam apa jua keadaan,
Amat disayangi oleh murid-murid dan rakan,
Para guru menghormati dan mengasihinya,
Pemimpin yang berwawasan punyai jati diri
Beliau adalah 'cikgu' pendidik sejati
Puan Hjh Norlin atau panggilan 'mama' oleh anak didiknya, Jutaan Terima Kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala jasa yang dicurahkan serta perkongsian ilmu dalam membangunkan pendidikan di SKBP. 'We miss u and always love u dearest mama.......'
Kami doakan semoga Puan Hjh Norlin 'Be the Best' serta diberkati oleh Allahswt.