Sunday, March 29, 2009

Lagu Sekolah

Rakaman nyanyian Lagu Sekolah oleh murid-murid 5 Gemilang semasa subjek Pendidikan Muzik.

PERKASAKAN SKBP ....P&P BERKUALITI & BERKESAN

Dalam memperkasakan program utama sekolah (effective school) 'core biz' P&P berkualiti &berkesan, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah diadakan pada 28 Mac 2009 ( Sabtu) . Tajuk LDP Kali 1/2009 ini ialah P&P Berkesan dan berkualiti (Pemulihan Dalam Bilik Darjah) . Penceramah jemputan merupakan Guru Cemerlang Pemulihan Khas dari SK Hamzah 1, Machang iaitu En. Azman Mohd Yusoff . Beliau telah mengadakan taklimat, sesi perbincangan ( berkongsi ilmu) bagaimana pemulihan dalam bilik darjah (Bahasa Melayu & Mathematics) dapat dijalankan dengan efektif, selain dari itu beliau bertindak sebagai fasilitator bengkel yang diadakan bagi menyediakan modul pemulihan khas (BM) terbitan SK Bunut Payong .
Kolaborasi janaan kita bersama,
Tuju kecemerlangan terus diusaha, Terima Kasih di atas kehadiran semua, Mantapkan ilmu perkasakan kerja.

Saturday, March 28, 2009

Persediaan Menyambut Maulidur Rasul

Aktiviti membuat bunga rampai oleh Kelab Badan Uniform sekolah sebagai persediaan menyambut Maulidur Rasul .

Projek Rangsangan Ekonomi

SK Bunut Payong kini sedang dalam pembinaan seperti penggantian bumbung lama dengan atap yang baru seluruh bangunan sekolah. Baikpulih Prasekolah Melur serta musala...pagar sekolah digantikan dengan batu blok di bawah Projek Rangsangan Ekonomi...

Tuesday, March 17, 2009

TAHNIAH BUAT ANAK-ANAK UMMIE....... Johan Bola Tampar MSSK KB

Perancangan Pembangunan pendidikan sekolah, perkembangan JERI (Falasafah Pendidikan Kebangsaan) dijadikan paksinya ke arah memperkasakan SKPB maka adalah wajar kami mengorak langkah menuju kecemerlangan dari semua aspek yang disarankan oleh KPM dalam membentuk generasi yang seimbangan. SK Bunut Payong mewakili QIT Salor telah muncul sebagai Johan Bola Tampar (L) Peringkat MSSK pada 12 Mac 2009. Tahniah buat pasukan bola tampar SKBP. 'Kita Boleh dan pasti boleh'

Friday, March 06, 2009

Pertandingan Bola Tampar Peringkat QIT Salor 2009

SK Bunut Payong telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Bola Tampar Peringkat QIT Salor 2009 pada 4 & 5 Mac 2009.
Pertandingan Bola Tampar (L) telah berlangsung di Gelanggang SKBP pada 4 Mac 2009 . Pasukan Bola Tampar SKBP telah bertemu dengan SK Sri Aman di peringkat akhir . Kemenangan terus berpihak kepada SKBP dan muncul sebagai johan pada tahun ini.
Bola Tampar (L) terus menerus mengekalkan tradisi sebagai Juara QIT Salor. Tahniah kepada PK Kokurikulum, En. Wan Roslan sebagai jurulatih utama yang sentiasa melatih dan membimbing team bola tampar (L) pada setiap petang Tidak kurang juga dengan Pasukan Bola Tampar (P) yang muncul sebagai Johan QIT Salor. Syabas!
Pasukan Bola Tampar (L & P) bergambar kenangan.