Friday, November 21, 2014

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN



Majlis Anugerah Kecemerlangan Dan Penyampaian Bantuan Persekolahan . Sumbangan berbentuk pakaian seragam sekolah oleh I&P Group.

    

    

Majlis dimulakan dengan tarian dari murid tahun 6, SK Bunut Payong.


Pn. Sharifah Rahayah ,Guru Besar SK Bunut Payong, memberikan sepatah dua kata sebelum majlis dimulakan.


Guru Besar ,Pn.Sharifah Rahayah Bt Syed Ahmad ,bersama wakil-wakil dari I&P Group.


En.Aminuddin ,wakil dari PPD dan bapa juga turut hadir di majlis anugerah tersebut.


Guru Besar menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada murid-murid tahap 1 yang berjaya.



Wakil PPD ,En. Aminuddin pula menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada murid tahap 2.


Persembahan nasyid dari kumpulan nasyid sekolah,memeriahkan lagi majlis tersebut.

Penyampaian bantuan persekolahan berbentuk pakaian seragam sekolah,oleh wakil I&P Group,
 En. Alfian.



Antara ibu bapa yang hadir di majlis tersebut.

Sunday, November 16, 2014

Majlis persaraan Sir Chandran.. ( PK.Hem )


Majlis persaraan PK Hem SK Bunut Payong, Sir Chandran diadakan pada 
17 .11.2014. 


Sir Chandran,diiringi oleh " flower girls " dan kumpulan kompang,menuju ke dewan wawasan.


Guru besar mengiringi sir , ke dewan wawasan.




Sir Chandran bersama Pn sharifah Rahayah ( Guru Besar ) ,En. Wan Roslan ( PK Pentadbiran ) dan En. Abdul Rahman ( PK KO ).merakamkan gambar kenangan.


Sir Chandran bertugas sebagai guru sejak hampir 35 tahun, dan akan bersara pada 4.1.2015.


Wakil dari setiap kelas, menyampaikan cenderahati kepada sir Chandran.


Guru-guru bergambar bersama Sir Chandran,untuk kenang kenangan.


Semua murid bersalaman dengan sir Chandran.




Wakil dari I&P Group juga hadir untuk majlis persaraan sir Chandran.



Acara memotong kek,sumbangan dari I&P Group.


Penyerahan album kepada sir ,dari warga SK Bunut Payong.


Sumbangan cenderahati dari wakil I&P Group.


Thursday, November 13, 2014

PROGRAM ASYURA PERINGKAT SEKOLAH 2014


Program membuat asyura dijalankan pada hari Isnin ,(10.11.2014). Ragam guru....


PK Hem juga melibatkan diri dalam program ini.


Seawal jam 1 pagi, proses menyediakan bahan-bahan telah bermula.


Proses pembungkusan asyura untuk warga sekolah.


Pengagihan asyura kepada murid-murid.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.


Chef tersohor SK Bunut Payong...

Thursday, November 06, 2014

Aktiviti murid tahun 6


Murid-murid bersama ahli kumpulan masing-masing,menyediakan sandwich dan menghiasinya mengikut citarasa mereka.


Program motivasi dari pihak luar juga, merupakan salah satu aktiviti yang dirancang untuk persediaan murid ke sekolah menengah


Antara aktiviti yang menarik adalah projek membuat bingkai gambar,yang ditunjukcara oleh Pn.Noraini.


Bingkai gambar yang telah siap.


Murid-murid juga mempelajari cara membuat tampalan menggunakan kertas warna.


Selain itu,aktiviti ikatan dan celupan yang diajar oleh Pn Aryati juga menarik dan menyeronokkan.


Hasil ikatan dan celupan dari murid-murid tahun 6.


Proses menyiapkan tampalan kertas warna.

Thursday, October 16, 2014

Perkhemahan unit beruniform 2014

Perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah,pada 14 hingga 16 Oktober 2014 diadakan di perkarangan SK Bunut Payong.
Ia melibatkan murid-murid tahun 6,seramai 78 orang. 


Guru besar,SK Bunut Payong,Pn. Sharifah Rahayah,bersama murid-murid semasa khemah didirikan.



Guru-guru, bersama-sama menyediakan hidangan untuk murid-murid yang menyertai perkhemahan.


PK Pentadbiran,turut sama dalam penyediaan makanan.


Lawatan dari wakil PIBG sekolah,iaitu,Dr zamzuri.


Hidangan untuk tengahari,siap untuk dimakan.


Aktiviti kraftangan ,dengan bantuan guru.


Murid-murid gembira bersama hasil kraftangan masing-masing.


Tugas guru bukan sahaja mengajar,menjadi guru senamrobik pun boleh.


Aktiviti Senamrobik, diawal pagi.


Antara  bahan kraftangan yang dihasilkan.


Selain menyiapkan bahan kraftangan,ahli perkhemahan juga perlu menyiapkan jenis-jenis ikatan mengikut stesyen.

Murid mendengar taklimat,sebelum memulakan aktiviti memasak.


Guru-guru bersama ahli perkhemahan,menyediakan hidangan untuk makan tengahari.


PK Ko,membantu menyalakan api untuk memasak.




Persembahan di malam kebudayaan.