Thursday, December 25, 2008

Memori 2008 (Latihan Dalam Perkhidmatan)

Rakaman LDP yang telah diadakan pada 8 dan 15 November 2008.

Sunday, November 16, 2008

TRANSFORM KANTIN KE WAJAH BARU -2009

Bermula hari ini 'cafe sri payong' dalam operasi bertukar wajah dengan berkonsepkan tenang & damai serta berilmiah mula dijelmakan. Dengan semangat pasukan kerja yang mantap keseluruhan warga sekolah tampil dalam proses melaksanakannya secara gotong royong. Gurauan mesra warga kedengaran, Makan minum sentiasa seiring terhidang, Pakatan kerjasama jelas kelihatan, Dalam merealisasi apa yang dirancang. Terima Kasih kepada semua warga sekolah di atas komitmen kalian.

Friday, November 14, 2008

TAHNIAH & SYABAS PENINGKATAN UPSR (5 'A' SERAMAI 16 ORANG)

Syabas dan tahniah di atas peningkatan Pencapaian 5A UPSR ...seramai 16 orang. Kepada anak-anak Ummie yang telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian cemerlang dalam UPSR . Kepada semua guru-guru SKBP , khususnya guru-guru Tahun Enam, jutaan terima kasih di atas komitmen , kesungguhan , keikhlasan dan pengorbanan kalian yang tidak kenal erti penat lelah dan mengalah dalam mendidik anak-anak SKBP yang mana mereka memerlu dan bergantung harapan sepenuhnya dari guru-guru dalam mencorak diri,menentukan hala tuju serta membina kejayaan diri. Kepada anak-anak Ummie yang berjaya semoga kalian terus mengorak langkah dengan cemerlang di sekolah menengah nanti. Anak yang cemerlang asas akhlak yang cemerlang. Best wishes

Monday, April 28, 2008

SKBP BARBER'S CORNER



Apabila terlihat beranika fesyen rambut anak-anak muda ekoran dari pelbagai pengaruh yang terus melenyapkan identiti seorang anak yang soleh dan cemerlang dalam meniti liku-liku hidup. Mereka tidak punya hala tuju, tidak mengenal akan diri sendiri , apatah lagi wawasan diri untuk dicapai. Sebagai seorang pendidik, terasa pilu dihati kenapa mereka dibiarkan sebegitu ......
Pembangunan Modal Insan merangkumi keseluruhan usaha dalam menentukan sahsiah cemerlang serta pembangunan seseorang murid ke arah pembentukan yang sewajarnya seharus diberi perhatian yang serius oleh semua pihak yang terlibat.
Dengan berkonsepkan budaya sekolah 'parenting & loving' maka dengan kerjsama warga SKBP serta waris/ibubapa, maka "SKBP Barber's Corner' diwujudkan. Menampilkan visi 'Saya kemas & bergaya' dengan potongan rambut seragam di kalangan murid-murid lelaki. Mempunyai rasional serta matlamat yang telah dikenalpasti melalui Pelan Pembangunan/ Perancangan Strategik Sekolah dalam mendisiplinkan murid pada peringkat awal lagi. Proses pelaksanaan cukup membanggakan, dari sudut yang terbiar 'dimanafaatkan sebagai 'Barber's Corner'. Murid lelaki SKBP tidak perlu lagi fikirkan 'Gel untuk bentuk fesyen rambut di pagi hari'. Yang penting apa yang harus dipelajari pada setiap hari dalam menentukan kecemerlangan diri.......
Terima Kasih pada semua warga SKBP terutama AJK program di atasi komitmen kalian..... 'May Allah swt Bless you all.....'

Tuesday, April 22, 2008

amanah sebagai pentadbir.........berat!!!!!

Terkenang pada mulanya bila ditawarkan sebagai pentadbir, bukan gembira tapi kesedihan dan kerisauan di hati.... adakah mampu memikul amanah ini. dengan sokongan keluarga tersayang dengan alasan Allahswt memilih dengan seribu hikmat disebaliknya. 'terimalah.....lakukan sebaik mungkin dan berserah....' kata yang tersayang. 'ini adalah rezeki kita dan anak-anak.' Dalam menyempurnakan tanggungjawab dan amanah rupanya perlu kecekalan hati, kesabaran yang tinggi dan jitu, kekuatan mental serta keazaman yang utuh. Memahami apakah amanah yang telah dipertanggungjawabkan...............Sebagai pemimpin keyakinan pada diri adalah kekuatan dalaman digandingkan dengan iman dan takwa. Dalam menyempurnakan amanah............. suatu ketika seramai lebih kurang 15 orang di kalangan mereka yang berpengaruh menyarankan supaya menyalah guna kuasa dalam agihan sejumlah peruntukkan yang berhad dengan mempergunakan nama dato'...bila enggan diugut dengan segala cara. 'Ya Allah berilah kekuatan dalam memikul amanah ini....amin....' Dalam menegahkan hak dengan kuasa yang diberi, penyelewengan dipandang betul dan tersenyumlah mereka yang berpentingan kerana.....mereka ada kuasa.!!! Terdengar ditelinga kata-kata, bila akhir zaman yang salah dianggap betul pabila ketakwaan hilang dalam diri, kebendaan beraja dihati....orang-orang yang mementingkan dunia, diri dan kroni menjadi pemimpin tertinggi dalam organisasi.... Kenapa?.....kerana duit menjadi matlamat kepentingan duniawi. Dengannya segala mampu dimiliki..... kuasa, pengaruh malahan membeli harga diri mereka yang berjawatan tinggi. Dengan kebiasaan begini kejahatan yang dilakukan menjadi rutin. Membuat fitnah amalan diri tanpa rasa takut balasan nanti. 'Ya Allah, dalam menyempurnakan amanahMu sesungguhnya pelbagai ancaman dan dugaan dalam dan luar, maka berserah padaMu untuk membantu hambaMu dalam menyempurnakan amanahMu.'

Saturday, April 05, 2008

ANAK


anak adalah anugerah
anak adalah amanah
anak adalah perhiasan & penghibur keluarga
anak adalah ujian Allah swt
anak adalah aset & harta
YANG PASTI ADDIN ADALAH ASAS DALAM HIDUP

PRINSIP ETIKA KERJA GURU

NIAT YANG BETUL PERLAKUAN YANG BAIK PENGGERAK KE ARAH KEBAIKAN MEMPERKOTAKAN APA YANG DIKATAKAN BERDISIPLINAN BERADAB (akan dijelaskan kemudian)

ETIKA KERJA GURU

Nilai Utama Dalam Etika Kerja Guru AMANAH BENAR BIJAKSANA BERSYUKUR DEDIKASI IKHLAS PENYAYANG

SAHSIAH GURU MUSLIM & KEBERKESANAN PENDIDIKAN ISLAM

Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Sifat & ciri guru muslim merangkumi a) sifat rohaniah - keimanan yang kenatl kepada Allah swt. - keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan & aeluruh para Rasul - sifat-sifat keimanan asas yang lain. b) sifat-sifat akhlak - benar & jujur - menepati janji - amanah - ikhlas dalam perkataan dan perbuatan - merendah diri - sabar, tabah & cekal - pemaaf & toleransi - menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud & qanaah c) sifat mental, kewajipan & jasmani * sifat mental - cerdas (kepintaran teori, amali & sosial) - menguasai mata pelajaran takhassus - luas pengetahuan am - cenderung kepada pelbagai bidang akliah, & ilmiah yang sihat - mengenal ciri, watak, kecenderungan & keperluan murid - fasih, bijak & petah dalam penyampaian * sifat kejiwaan - sifat tenang & emosi yang mantap - optimistik dalam hidup (penuh harap kepada Allah & tenang jiwa mengingatiNya) - kepercayaan kepada diri & mempunyai kemahuan yang kuat - bersifat lemah lembut & baik dalam pergaulan - berfikiran selesa & boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat * sifat fizikal - sihat tubuh badan & terhindar dari penyakit - berperawakan cantik/tampan, kemas dan bersih

Saturday, February 16, 2008

JI (Janaan Ilmuan) subset Bicara Profesional

Dalam program pembangunan profesionalisme keguruan 'Bicara Profesional' yang diadakan setiap hari Khamis bermula jam 12.45 membicarakan tentang apa saja berkaitan dengan 'core bussiness' sebagai seorang pendidik yang berlegar dengan isu 'P&P berkesan'. Pada 14 Feb baru-baru ni, satu program baru JI singkatan dari Janaan Ilmuan telah diperkenalkan oleh pihak pentadbir untuk menyemai & memupuk budaya membaca di kalangan warga pendidik SKBP. Sebagai permulaan GB telah mengupas isu dari hasil bacaannya tentang kemahiran & kreativiti pendekatan dalam pelaksanaan proses P&P perlu diambilkira adalah pelbagai kecerdasan murid serta mengutamakan pembelajaran berfikrah ke arah 'enjoyful learning'. Serta PKP pula mengulas tentang sikap dan budaya kerja yang dirumuskan dari sebuah artikal majalah ilmiah 'Pendidik'. Setiap minggu 2 orang guru yang terlibat membuat sinopsis bacaan yang berbentuk ilmiah untuk dikongsi bersama. Bagi mereka yang positif nampaknya tenang.....tapi mungkin ada yang merungut dalaman entahlah.......jawabnya sikap. Sebagai seorang pendidik bila membaca tentang apa saja yang berkaitan 'core bussiness' semakin banyak kita tak tahu dan tak puashati dengan kerja buat seharian. kesian anak-anak kita kalau tidak diberi hak dan peluang pada mereka kegagalan menanti di atas kecuaian kita. Nasib mereka di tangan para pendidik jangan sekali-kali mereka dipersalahkan. 'No child left behind' (Tiada murid dipinggirkan) adalah program pemulihan secara mega iaitu tahap bacaan murid hendaklah selaras dengan tahap perkembangan murid. Contohnya murid tahap 2 boleh membaca dan faham apa yang dibaca. Pelaksanaan adalah murid terlibat dijadikan anak angkat guru-guru dan yang pastikannya objektif tercapai dengan daya kreativiti mereka. 'Yang membahagiakan seseorang adalah apabila melaksanakan tanggungjawab dengan gembira'