Tuesday, June 23, 2009

Tahniah dan Syabas (Adik Mohamad Akram)

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Adik Mohamad Akram bin Hassan yang telah terpilih menyertai Pemilihan Pemain Bawah 12 Tahun 2009 Saitama International Junior Tournament Jepun bagi menjalani 3 Fasa latihan dan pemilihan mulai 22 Jun 2009 hingga 7 Julai 2009 di SMK Victoria , Kuala Lumpur . Sekiranya terpilih, Adik Mohamad Akram akan menyertai Kejohanan di Saitama , Jepun pada 21-27 Julai 2009. Sama-samalah kita berdoa akan kejayaannya. Mohd Akram Hassan merupakan pelajar Tahun 6 yang bergiat aktif dalam kokurikulum sekolah. Biarpun sekolah kekurangan alatan terutamanya tanpa padang, namun sekolah berbangga kerana dapat melahirkan pelajar yang berbakat besar terutamanya dalam sukan bola sepak. Sekolah berbangga dan berjanji untuk memartabatkan sukan selari dengan peningkatan bidang akademik.

PSV sebagai 'magnet' Murid Hadir Ke Sekolah

Lawatan BPK- SKBP Sekolah Rintis (PSV)
Pemantauan oleh En Saifuludin dan En Azlan dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pada 22 Jun untuk mengetahui keberkesanan modul yang dilaksanakan oleh sekolah rintis. Perbincangan dengan guru yang terlibat mengenai dengan modul. Ada di antara modul yang tidak sesuai dan perlu dibuat penambaikkan. Tapi yang pentingnya murid seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan. 'PSV sebagai daya penarik untuk murid ke sekolah' ditegaskan oleh pegawai dari BPK. Malah ia boleh menjana daya kreativiti murid serta seronok datang ke sekolah
Perbincangan serta padangan oleh pegawai BPK untuk membuat penambaikkan bilik PSV sekolah. Sudut-sudut yang jelas mengenai 4 bidang utama PSV sekolah rendah. Menggambar, membuat corak & rekaan, membentuk dan membina serta mengenal kraf tradisional.

Dalam perbincangan Pegawai BPK menyatakan hasrat BPK untuk menggalakkan(wajib) untuk menyediakan bilik PSV di sekolah rendah untuk memastikan pelaksanaan P&P PSV tidak diabaikan.
Terima Kasih diucapkan kepada En Saifuludin di atas nasihat, padangan serta cadangan yang disyorkan.

Sunday, June 21, 2009

MOTIVASI KEPIMPINAN & KECEMERLANGAN UPSR 2009

Align Center
Motivasi Kepimpinan dan Kecemerlangan UPSR telah diadakan pada 18-20 Jun 2009 di Kem Chengal , Ketereh. Tujuan program ini diadakan untuk memberi semangat jati diri kepada semua peserta yang terlibat. Peserta-peserta yang terlibat adalah seramai 120 orang dan semua murid Tahun Enam terlibat sepenuhnya dan selebihnya adalah peserta dari Tahun 4 & 5.

Thursday, June 18, 2009

Lawatan Nazir Persekutuan

Pihak sekolah telah menerima kunjungan dari En. Mohd Aslam bin Mohd Nor (Nazir Persekutuan) pada 18 Jun 2009 (Khamis) berkaitan dengan pemantauan Transformasi Kurikulum 2010 dan SK Bunut Payong terlibat dengan Program Rintis Modul Teras 5 , Pendidikan Seni selama 3 bulan bagi murid-murid Tahun 1 Cemerlang. Pn Siti Hanum sebagai tenaga pengajar yang terlibat dalam program ini.

Tuesday, June 09, 2009

JOM.......GOTONG ROYONG STUDIO/BILIK SENI

Salam buat semua guru skbp, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK dulu PPK) akan ke SKBP 23 Jun 2009 - Pemantauan sekolah Rintis pelaksanaan PSV.(KSSR 2010) Cikgu CT Hanum terlibat secara terus, diharap sediakan dokumen untuk perbincangan dan perkongsian maklumat untuk membuat penambahbaikkan modul PSV yang dibekalkan. Duhai guruku sayang, Jika ada kelapangan 10 Jun (Rabu) dijemput ke sekolah untuk sama-sama mengemaskini serta 'upgrade' lagi studio/bilik seni sekolah. Kolaborasi serta semangat kerjasama warga sekolah amat dibanggakan..... Seperti biasa setiap gotong royong amat meriah dihiasi dengan senda gurauan, ketawa manja, tanpa jemu dengan seribu keikhlasan dalam membangunkan SKBP tersayang......... Jutaan terima kasih di atas komitmen kalian. STEPS TO THE BEST