Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Selamat Hari Raya Aidil Fitri , Maaf Zahir & Batin kepada seluruh warga SKBP khususnya dan seluruh warga pendidik di Malaysia. Semoga memperoleh kesejahteraan dan kebahagiaan di hari yang mulia ini.

Wednesday, July 22, 2009

Sekitar Program Kecemerlangan UPSR 2009/LDP Kali Ke -4

Penyampaian Cenderahati kenangan dari warga sekolah oleh Guru Besar kepada Penceramah LDP . Slot pertama bertema 'Integriti Penjawat awam khususnya guru' oleh En. Wan Mohamad Hazam, penolong pengarah dari Unit Integriti Negeri Kelantan (di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan slot kedua 'Etika Kerja Islam' oleh Tn. Hj Mohd Fakrurazi bin Abd. Rahim , Penolong Pegawai PPD Kota Bharu (Unit Pendidikan Islam & Moral). 'Input' dan intipati yang diperolehi dari kedua-dua ceramah ini sungguh memberangsangkan semua peserta LDP kali ini. Secara langsung ia dapat memotivasikan guru agar lebih komited dan kompeten sebagai dan selaku pendidik. Penghayatan integriti dan etika kerja islam adalah tunjang peranan ikhlas sebagai guru dan pendidik untuk menlahirkan anak bangsa yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidik Negara.
Sekitar Program Kecemerlangan UPSR 2009
Program Kecemerlangan UPSR anjuran bersama pihak sekolah telah diadakan pada 18 Julai 2009. Sumbangan oleh Yang Berbahagia Dato' Hj Mohamad Fatmi bin Hj Che Salleh melalui En.Nik Sazila bin Nik Mohamad (Penolong Pegawai PPD Kota Bharu).
Program bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Penceramah jemputan adalah En. Mohd Nawi , Guru Cemerlang (Science) dari SK Zainab 2 dan Cik Tuan Aneeda Zuriani bt Tuan Mat dari SK Bukit Marak (Penceramah Mathematics) .

Thursday, July 16, 2009

Perjumpaan Ibu bapa Tahun Enam

Sekitar Majlis Perjumpaan Ibu bapa Tahun Enam Kali Ke-2 baru-baru ini.

Tuesday, June 23, 2009

Tahniah dan Syabas (Adik Mohamad Akram)

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Adik Mohamad Akram bin Hassan yang telah terpilih menyertai Pemilihan Pemain Bawah 12 Tahun 2009 Saitama International Junior Tournament Jepun bagi menjalani 3 Fasa latihan dan pemilihan mulai 22 Jun 2009 hingga 7 Julai 2009 di SMK Victoria , Kuala Lumpur . Sekiranya terpilih, Adik Mohamad Akram akan menyertai Kejohanan di Saitama , Jepun pada 21-27 Julai 2009. Sama-samalah kita berdoa akan kejayaannya. Mohd Akram Hassan merupakan pelajar Tahun 6 yang bergiat aktif dalam kokurikulum sekolah. Biarpun sekolah kekurangan alatan terutamanya tanpa padang, namun sekolah berbangga kerana dapat melahirkan pelajar yang berbakat besar terutamanya dalam sukan bola sepak. Sekolah berbangga dan berjanji untuk memartabatkan sukan selari dengan peningkatan bidang akademik.

PSV sebagai 'magnet' Murid Hadir Ke Sekolah

Lawatan BPK- SKBP Sekolah Rintis (PSV)
Pemantauan oleh En Saifuludin dan En Azlan dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pada 22 Jun untuk mengetahui keberkesanan modul yang dilaksanakan oleh sekolah rintis. Perbincangan dengan guru yang terlibat mengenai dengan modul. Ada di antara modul yang tidak sesuai dan perlu dibuat penambaikkan. Tapi yang pentingnya murid seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan. 'PSV sebagai daya penarik untuk murid ke sekolah' ditegaskan oleh pegawai dari BPK. Malah ia boleh menjana daya kreativiti murid serta seronok datang ke sekolah
Perbincangan serta padangan oleh pegawai BPK untuk membuat penambaikkan bilik PSV sekolah. Sudut-sudut yang jelas mengenai 4 bidang utama PSV sekolah rendah. Menggambar, membuat corak & rekaan, membentuk dan membina serta mengenal kraf tradisional.

Dalam perbincangan Pegawai BPK menyatakan hasrat BPK untuk menggalakkan(wajib) untuk menyediakan bilik PSV di sekolah rendah untuk memastikan pelaksanaan P&P PSV tidak diabaikan.
Terima Kasih diucapkan kepada En Saifuludin di atas nasihat, padangan serta cadangan yang disyorkan.