Monday, May 17, 2010

Program Nur Khamis

Program Nur Khamis merupakan satu program khas untuk kecemerlangan UPSR 2010 yang dijalankan bersama pihak pentadbir dan Panitia Agama Islam. Program ini dijalankan setiap hari Khamis selepas Solat Hajat dan Bacaan Yasin oleh Ustaz Saidin selama 15 minit .Tujuannya untuk memberi motivasi dan kesedaran dalaman murid-murid bagi menghadapi UPSR kelak.

Program ini dapat menerapkan asas nilai kecemerlangan setiap murid dengan doa-doa penerang hati yang ringkas untuk diamalkan setiap murid.

Antara kandungan pengajaran:-

1.Tuntutan setiap pelajar

2.Keyakinan diri asas kejayaan jati

3.Pengurusan masa yang berkesan

4. Kemuncak kejayaan sebenar

5.Keharmonian bilik darjah

6.Kewajipan menghormati guru

7.Komunikasi berkesan melalui budaya salam

8.Doa penerang hati

9.Doa kesihatan

10. Kesihatan dan kebersihan asas kebahagiaan

11.Makanan berkhasiat membawa berkat

12. Doa sebelum/selepas makan

13.Menghormati kedua ibubapa

14.Kelebihan berbakti kepada kedua ibu bapa

15. Bacaan semasa berada dalam kelas

16. Strategi menghadapi peperiksaan

17. Zikir untuk cerdas minda

2 comments:

Admin SKBP said...

salam,
syabas & tahniah kepada warga sekolah khususnya mereka yang terlibat secara langsung. Peranan kita sebagai ibubapa kedua adalah wajar & tepat pembangunan sahsiah/modal insan murid diberi fokus dalam ghairah mengadakan aktiviti/program sekolah.Pendidikan kerohanian adalah tunggak kepada kecemerlangan seseorang pelajar dalam erti kata sebenar. Sebagai pendidik cemerlang & berwibawa sifat & sikap ikhlas adalah tuntutan.Insyaallah hendaknya..........'SELAMAT HARI GURU'

Teacherputri (Blogger) said...

Tahniah kepada para pentadbir yang merangka program kerohaniah buat pelajar SKBP, semoga akan membuahkan hasil yang baik.