Saturday, October 16, 2010

Majlis Penyampaian Wang Ihsan Sekolah Parlimen Kota Bharu..

Majlis Penyampaian Wang Ihsan Sekolah Rendah Parlimen Kota Bharu telah diadakan di SK Zainab 1 Kota Bharu, seramai 5 buah sekolah yang terlibat dengan bilangan penerima wang ihsan seramai 344 orang. Beberapa orang guru dari SK Bunut Payong juga telah terlibat sama sebagai petugas-petugas bagi melicinkan lagi perjalanan majlis. Penerima sumbangan wang ihsan dari SK Bunut Payong adalah seramai 25 orang sahaja dan kesemuanya hadir tepat masa. Tahniah kepada semua penerima sumbangan (ibu bapa) dan semoga bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban sekeluarga. Terima kasih jua di atas kerjasama sehingga majlis bersurai..

1 comment:

Hisham Jaffar said...

Saya salah seorang bekas pelajar SKBP, UPSR tahun 1993. Saya berminat untuk memperkenalkan Score A Programme kepada SKBP. Macam mana caranya?