Monday, April 28, 2008

SKBP BARBER'S CORNER



Apabila terlihat beranika fesyen rambut anak-anak muda ekoran dari pelbagai pengaruh yang terus melenyapkan identiti seorang anak yang soleh dan cemerlang dalam meniti liku-liku hidup. Mereka tidak punya hala tuju, tidak mengenal akan diri sendiri , apatah lagi wawasan diri untuk dicapai. Sebagai seorang pendidik, terasa pilu dihati kenapa mereka dibiarkan sebegitu ......
Pembangunan Modal Insan merangkumi keseluruhan usaha dalam menentukan sahsiah cemerlang serta pembangunan seseorang murid ke arah pembentukan yang sewajarnya seharus diberi perhatian yang serius oleh semua pihak yang terlibat.
Dengan berkonsepkan budaya sekolah 'parenting & loving' maka dengan kerjsama warga SKBP serta waris/ibubapa, maka "SKBP Barber's Corner' diwujudkan. Menampilkan visi 'Saya kemas & bergaya' dengan potongan rambut seragam di kalangan murid-murid lelaki. Mempunyai rasional serta matlamat yang telah dikenalpasti melalui Pelan Pembangunan/ Perancangan Strategik Sekolah dalam mendisiplinkan murid pada peringkat awal lagi. Proses pelaksanaan cukup membanggakan, dari sudut yang terbiar 'dimanafaatkan sebagai 'Barber's Corner'. Murid lelaki SKBP tidak perlu lagi fikirkan 'Gel untuk bentuk fesyen rambut di pagi hari'. Yang penting apa yang harus dipelajari pada setiap hari dalam menentukan kecemerlangan diri.......
Terima Kasih pada semua warga SKBP terutama AJK program di atasi komitmen kalian..... 'May Allah swt Bless you all.....'

7 comments:

Cikguputri2007.blogspot.com said...

Barber's Corner nampaknya berjalan lancar dan mendapat sambutan . Bukan setakat murid-murid sahaja yang ingin menggunting di sekolah . Malah ada juga ibu bapa yang berminat dan ingin menggunting rambut di sekolah. Tahniah kepada Guru Besar yang berwawasan tinggi dan ingin menjadikan SKBP sebagai Sekolah Berwatak yang mempunyai identiti tersendiri. Terima kasih juga kepada GB kerana memberi kerjasama, komitmen dan kepercayaan kepada kami untuk menjalankan projek ini di sekolah.

Terima kasih dari,

TEAM BARBER'S CORNER
SKBP 2008

Cikguputri2007.blogspot.com said...

Barber's Corner nampaknya berjalan lancar dan mendapat sambutan . Bukan setakat murid-murid sahaja yang ingin menggunting di sekolah . Malah ada juga ibu bapa yang berminat dan ingin menggunting rambut di sekolah. Tahniah kepada Guru Besar yang berwawasan tinggi dan ingin menjadikan SKBP sebagai Sekolah Berwatak yang mempunyai identiti tersendiri. Terima kasih juga kepada GB kerana memberi kerjasama, komitmen dan kepercayaan kepada kami untuk menjalankan projek ini di sekolah.

Terima kasih dari,

TEAM BARBER'S CORNER
SKBP 2008

mRT@n said...

SATU PROGRAM YANG BAGUS.....SEMOGA IANYA AKAN BERTERUSAN DEMI KEBAIKAN ANAK DIDIK ANDA

TQ

Unknown said...

Tahniah atas program yang baik & ada "clas" ini.Moga dengan adanya program ini, tiada lagi 'bojeng' rambut buah durian,ber...gel dll fesyen yang bertentangan dengan peraturan sekolah serta TERSASAR dari imej anak-anak soleh.
"Imej yang kemas mencerminkan murid yang bermoral & berakhlak mulia sesuai dengan ajaran Islam."
Tahniah !!!

NAZA said...

SAYA BARU TERBACA BLOG SK BUNUT PAYONG. TAHNIAH KERANA ADA BLOG SENDIRI.SEMOGA BLOG INI MEMBERI FAEADAH KEPADA KITA SEMUA.

NAZA

HTTP://COMPUTER-NAZA.BLOGSPOT.COM

su said...

Salam ...

idea yg menarik dan boleh dijadikan contoh pd sekolah2 lain.

tahniah!

* said...

Tahniah di atas segala usaha murni warga sekolah ke arah membina 'manusia yang menjadi"
-Idrus Jali, Pensyarah Ilmu Pendidikan Institut Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam , P.Pinang