Tuesday, April 22, 2008

amanah sebagai pentadbir.........berat!!!!!

Terkenang pada mulanya bila ditawarkan sebagai pentadbir, bukan gembira tapi kesedihan dan kerisauan di hati.... adakah mampu memikul amanah ini. dengan sokongan keluarga tersayang dengan alasan Allahswt memilih dengan seribu hikmat disebaliknya. 'terimalah.....lakukan sebaik mungkin dan berserah....' kata yang tersayang. 'ini adalah rezeki kita dan anak-anak.' Dalam menyempurnakan tanggungjawab dan amanah rupanya perlu kecekalan hati, kesabaran yang tinggi dan jitu, kekuatan mental serta keazaman yang utuh. Memahami apakah amanah yang telah dipertanggungjawabkan...............Sebagai pemimpin keyakinan pada diri adalah kekuatan dalaman digandingkan dengan iman dan takwa. Dalam menyempurnakan amanah............. suatu ketika seramai lebih kurang 15 orang di kalangan mereka yang berpengaruh menyarankan supaya menyalah guna kuasa dalam agihan sejumlah peruntukkan yang berhad dengan mempergunakan nama dato'...bila enggan diugut dengan segala cara. 'Ya Allah berilah kekuatan dalam memikul amanah ini....amin....' Dalam menegahkan hak dengan kuasa yang diberi, penyelewengan dipandang betul dan tersenyumlah mereka yang berpentingan kerana.....mereka ada kuasa.!!! Terdengar ditelinga kata-kata, bila akhir zaman yang salah dianggap betul pabila ketakwaan hilang dalam diri, kebendaan beraja dihati....orang-orang yang mementingkan dunia, diri dan kroni menjadi pemimpin tertinggi dalam organisasi.... Kenapa?.....kerana duit menjadi matlamat kepentingan duniawi. Dengannya segala mampu dimiliki..... kuasa, pengaruh malahan membeli harga diri mereka yang berjawatan tinggi. Dengan kebiasaan begini kejahatan yang dilakukan menjadi rutin. Membuat fitnah amalan diri tanpa rasa takut balasan nanti. 'Ya Allah, dalam menyempurnakan amanahMu sesungguhnya pelbagai ancaman dan dugaan dalam dan luar, maka berserah padaMu untuk membantu hambaMu dalam menyempurnakan amanahMu.'

6 comments:

ttcc98 said...

AMBILNYA SBG CABARAN....TINGKATKAN KESABARAN DAN INGATKAN TUHAN SELALU

siti ruhanah said...

sudah menjadi lumrah dunia seorang pemimpin yang baik dan berwibawa mempunyai banyak dugaan dan halangan.Anda adalah insan pilihan Nya untuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin. Kuatkan semangat dan tabahkan hati.
We all behind you always!!!

Cikguputri2007.blogspot.com said...

I cannot always control what goes on outside. But I can always control what goes on inside.

You can't have a better tomorrow if you are thinking about yesterday all the time.

Accept the challenges so that you can feel the exhilaration of victory.

Be tough ahead and all the best!

With luv..
Cikguputri2007

Admin SKBP said...

jutaan terima kasih di atas sokongan insan-insan yang memahami, semoga Allahswt memberkati segala usaha.

mRT@n said...

PLEASZ CHECK YOUR SPELLING...MAKE SURE IT IS CORRECT BECOZ 'UR WEB WILL PUBLISH AROUND D'WORLD......TQ

Unknown said...

Jadikan segala cabaran di dunia ini sebagai landasan untuk menggapai kebahagiaan di akhirat kelak.. Pemimpin yang amanah dan berada di landasan yang betul pasti akan beroleh kejayaan dlm apa jua bidang yang digalas.... yang penting sentiasa bersangka baik kepada segala cubaan/cabaran yang didatangkan oleh Allah.