

Assalamualaikum,
Syukur alhamdulillah....., Dengan kesungguhan ingin mempertingkatkan diri demi untuk mengikuti arus perdana revolusi teknologi dalam komunikasi, akhirnya terhasil laman blog SK Bunut Payong. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah dengan semangat kolaborasi yang mantap serta komitmen yang tinggi berusaha untuk mencapai visi yang dihasratkan iaitu Sekolah Kebangsaan Bunut Payong adalah sekolah berkualiti. Saya berdoa agar hasrat murni ini akan tercapai bagi menghasilkan pelajar-pelajar cemerlang dan berdaya saing untuk membentuk sebuah generasi yang berkemampuan sebagai ’Global Player’ selaras dengan perkembangan teknologi komunikasi. Di samping itu juga mereka perlu memiliki keteguhan dalam agama bagi melengkapkan diri sebagai insan yang cemerlang. InsyaAllah........
Salam hormat
5 comments:
Assalamualaikum,
Tahniah Kak Pah kerana berjaya membangunkan blog sekolah, keep it up! Selamat maju jaya.
Salam,
Balik ni nanti kak pah kena update ler blok ni, last post tu dah lama dah...
Ada kesempatan kunjungi la blog saya dan sudikanlah memberi komen sepatah dua kata.
TQ.
Assalamualaikum Kak Pah
Nie Mah nih......
THanks for the delicious gulai that day...............
Post a Comment