Friday, July 29, 2011
Wednesday, July 20, 2011
Terima Kasih 'KUNTUM'
SKBP telah menerima lawatan dari pihak Majalah Kuntum pada hari ini, bagi mempromosikan kempen galakan membaca.Majalah Kuntum telah diedarkan kepada semua guru dan murid-murid. Sesi bergambar juga turut diadakan bersama Si Pintar.
Saturday, July 02, 2011
SYABAS & TAHNIAH WARGA SKBP.....LARIAN SERENTAK, 1 MURID,1SUKAN 1 MALAYSIA
Jutaan Terima Kasih kepada seluruh warga sekolah iaitu semua murid, guru-guru serta staf sokongan yang telah menjayakan 'larian serentak 1 murid, 1 sukan, 1 Malayisa' dengan meriahnya. Lautan peserta terdiri daripada murid, guru dan warga sekolah memakai baju berbaju merah telah menyemarakkan lagi Larian Serentak ini. Ia telah dirasmikan oleh 'Ummie' (Tuan Guru Besar). Program serta aktiviti ini dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Saidin dan aktiviti memanaskan badan telah dikendalikan oleh teacher Wan Maziah.
Layari:
Blog Unit HEM
Thursday, June 23, 2011
Pertukaran PK KO ditangisi warga sekolah
Hari ini telah mencatat sejarah duka sekolah, di mana pertukaran Penolong Kanan Kokurikulum sekolah Cikgu Wan Roslan Wan Hassan ditangisi oleh keseluruhan warga sekolah. Setelah berkhidmat selama 22 tahun di sini, beliau merupakan tunggak dalam pembangunan pendidikan sekolah ini. Beliau merupakan cikgu yang sebenarnya berkebolehan dalan semua hal. Tenang dalam menghadapi masalah dan tekanan. Komited dalam menjalankan tugas. Hebat dalam menyelesaikan masalah. Akur pada perintah. Cikgu yang kreatif serta berinovasi dalam kerja buatnya. Periang serta lawak orangnya. Sikap penyayangnya, setiap tahun jadi "Guru Popular" (hari guru) beliau sangat disayangi oleh semua murid.....Tidak hairanlah hari ini semasa majlis perpisahan beliau, tangisan murid kedengaran di sana sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
