Tuesday, March 16, 2010

SKBP -KATEGORI 5 BINTANG KECEMERLANGAN UPSR 2009.TAHNIAH & SYABAS KEPADA SEMUA GURU

Program kecemerlangan UPSR 2010 peringkat PPD Kota Bharu bertarikh 15 Mac 2010 bertempat di BTPN, Pengkalan Chepa. Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Amat Berusaha Tuan Haji Mohd Ghazali Ab Rahman, Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan yang disayangi dan dikagumi oleh seluruh warga pendidik negeri ini. Turut hadir bersama adalah Yang Berusaha Tuan Haji Zahari, Ketua sektor Pengurusan Sekolah yang merupakan panglima perang dalam meningkatkan pencapaian UPSR di seluruh negeri Kelantan. Majlis dihadiri oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah dalam PPD Kota Bharu. Dalam ucapan Tuan Pengarah, kami diingatkan sebagai pentadbir sekolah mempunyai tanggungjawab serta amanah yang besar dalam mendidik anak bangsa. Berpaksikan iman serta mengingatkan mati (pahala sebagai ganjaran) dalam menyempurnakan amanah. Kerja buat yang ikhlas, doa sebaik mungkin, diberi penunjuk serta diberkati oleh Allahswt dalam membawa anak bangsa ke arah kecemerlangan. Kerjasama memungkinkan impak yang cemerlang, kesepakatan semua memungkinkan kejayaan organisasi yang diterajui. Hasrat Pengarah ' Cakna Pendidikan Kelantan Tersohor' telah meyempurnakan penyampaian sijil kepada sekolah-sekolah mengikut kategori pencapaian UPSR masing-masing. Antaranya SKBP telah disenaraikan dalam kategori 5 Bintang kecemerlangan UPSR 2009 berdasarkan pencapaian peratus am, peratus kecemerlangan dan gred purata sekolah capai. Kemudian ketua sektor pula memberi input-input serta formula bagaimana untuk meningkatkan pencapaian sekolah. Antaranya adalah pihak pengurusan sekolah mesti menguasai analisis pelunjuran data 'headcount'. Pengajaran dan Pembelajaran berkesan. Peranan penyelaras tahun-tahun yang proaktif. Peranan Panitia berkesan. Dan yang tentunya barisan guru yang kominted, ghairah untuk mencapai kecemerlangan. Kita sebagai guru seharusnya mempunyai semangat berkorban dan ikhlas dalam membangunkan anak bangsa. Jangan pentingkan diri, jangan mencari alasan dan jangan cari punca masaalah. Pesanan Tuan PPD, Tuan Hj Ab Aziz, 'Cintakan Kerja bertindak segera. Insyaallah......... To all my beluv teachers.... Thank you so much 'Collaboration is the key to success'

Monday, March 08, 2010

Perhimpunan Pagi - 7 Mac 2010

LAUNCHING 'MARCH IS OUR ENGLISH MONTH'

Wednesday, February 24, 2010

GURU FAKTOR PENENTU PEMBANGUNAN PENDIDIKAN SEKOLAH -Sekitar Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Guru Penyelaras....

Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Guru Penyelaras Unit-unit Kurikulum, HEM dan Ko-Kurikulum telah diadakan pada 21 Februari 2010 (Ahad) bertempat di Dewan Wawasan. Dalam ucapan ringkas Guru Besar menyarankan kepada semua warga guru skbp perlu memberi fokus terhadap P&P berkualiti dan efektif dalam meningkatkan pembangunan pendidikan sekolah ini. Guru berkualiti merupakan faktor penentu kepada peningkatan prestasi sekolah dan pencapaian murid. Pendekatan 'fun learning' dalam proses pelaksanaan P&P akan dapat memerangsangkan murid-murid untuk belajar dengan lebih seronok sesuai dengan alam pendidikan di peringkat rendah. Maka kreativiti serta inovasi pengajaran perlu diterokai oleh semua guru dalam memastikan P&P mereka menarik minat murid. Segala bentuk proses pembelajaran 'formal& informal' peranan utama terletak pada tanggungjawab guru. Sempena dengan perlantikan ini secara rasmi semua guru perlu sempurnakan amanah dan tanggungjawab dengan terbaik dan bersungguh-sungguh dalam merealisasikan SKBP antara sekolah cemerlang di Kelantan pada tahun ini. Beliau mengucapkan tahniah & syabas pada semua warga sekolah di atas peningkatan yang cemerlang UPSR pada tahun lepas. Dari 81.6% (2008) kepada 92.77% (2009)'Teaching is a work of a heart', if students do not learn the way we teach, then let us teach the way they learn. Do know every child has the ability to learn, and to do well in school. There is no such thing as a stupid child, only boring lessons. 1SKBP - Pupils First, Performance Now.

Saturday, January 23, 2010

PERTUKARAN PKP

Pertukaran setara di antara Penolong Kanan Pentadbiran Puan Siti Ruhanah bt Harun SK Bunut Payong dengan Penolong Kanan Pentadbiran Puan Hajah Norlin SK Zainab 2. Barisan pentadbir dan seluruh warga sekolah SK Bunut Payong ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas jasa , usaha, kerjasama serta komitmen yang telah disumbangkan kepada peningkatan pencapaian kurikulum khususnya peningkatan pencapaian UPSR sekolah ini. Kami doakan kesejahteraan serta lebih cemerlang selaku PKP SK Zainab 2 yang dikenali sebagai sekolah Kluster. Kami juga mengalu-alukan kedatangan Puan Hajah Norlin, semoga dengan pengalaman beliau ada dapat memberi input baru serta idea bernas dalam memperkasakan sekolah ini dari semua aspek dalam pembangunan pendidikan khususnya kecemerlangan UPSR. 'Yang Patah Tumbuh Yang Hilang Berganti'. InsyaAllah....................

Saturday, January 02, 2010

Solat Hajat Sempena Tahun Baru 2010

Majlis Solat Hajat Sempena Tahun Baru 2010 telah diadakan pada 2 Januari 2010 (Sabtu) bertempat di Bilik J-Qaf SK Bunut Payong. Majlis Solat Hajat ini adalah bagi memohon keberkatan di atas segala kerja buat dan kejayaan sekolah di tahun baru...