Thursday, July 11, 2013

TAHNIAH..


Pasukan  sekolah telah menjuarai pertandingan bola jaring luar musim bawah 12 tahun yang diadakan di kompleks sekolah pada 1 julai 2013.Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang terlibat dan telah berusaha keras sehingga berjaya menduduki tempat pertama dan tidak ketinggalan kepada guru-guru penasihat kerana dapat mengharumkan nama sekolah  dalam pertandingan tersebut. Terima kasih atas sumbangan kalian.

Monday, July 08, 2013

"HAPPY BIRTHDAY CIKGU"



 Sumbangan hadiah hari jadi untuk guru-guru yang lahir pada bulan Jun dan Julai.Ini merupakan acara bulanan ,dimana semua guru akan menerima hadiah hari jadi mengikut bulan kelahiran masing-masing.

                HAPPY BIRTHDAY.....

MAJLIS PELANCARAN BULAN AGAMA ISLAM



Majlis pelancaran bulan Agama Islam, telah dirasmikan oleh guru besar SK Bunut Payong, Pn. Sharifah Rahayah Bt Syed Ahmad,pada hari Ahad ( 7/7/2013 ) Majlis telah diserikan lagi dengan persembahan nasyid. Pelbagai aktiviti telah dirancang pada setiap hari,terutama pada bulan puasa nanti.Aktiviti berjalan pada setiap pagi dan pada waktu rehat sepanjang bulan Agama Islam.

Thursday, July 04, 2013

PERTANDINGAN MEWARNA ( PRA ) DI DBP



Pada 29.6.2013, satu pertandingan mewarna ,anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.Adik Damia dari pra Mawar berjaya dalam pertandingan tersebut. Tahniah....

SPELL IT RIGHT (SIR ) - NST


Spell It Right, anjuran NST. Berjalan pada 21 .6.2013, bertempat di Hotel Renaissance.Memberi pengalaman kepada murid dengan suasana yang agak berbeza. Melatih murid supaya lebih berani dan yakin dengan kebolehan sendiri.