Thursday, February 10, 2011
Bicara Ilmu 'In house training'- PBS
Bicara Ilmu dalam Sejenak Bersama hari ini telah dipengerusikan oleh Pn.Hjh Norlin (Pen.Kanan Pentadbiran). Beliau memberitahu tentang isu-isu semasa (housekeeping) dan juga perkongsian ilmu berkaitan Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR - Tahun 1, seramai tiga orang guru yang telah hadir ke kursus tersebut berkongsi ilmu memberi taklimat kepada semua guru.
Siaran langsung Perutusan Khas YB TPM
Murid-murid Tahun 4,5,6 bersama guru-guru turut mendengar Siaran langsung Perutusan Khas YB TPM dari Dewan PICC,Putrajaya pada hari ini jam 9.15. Murid-murid diagihkan kepada 3 tempat iaitu Bilik Astro, Bilik Prasekolah Mawar dan juga di Dewan Wawasan.
Sunday, February 06, 2011
Aktiviti Ko Kurikulum bermula...
Aktiviti koku bermula pada minggu ini, begitu juga latihan bola tampar ( Sukan Juara SKBP) telah berjalan lancar pada setiap petang 5.00-6.30 pm di gelanggang bola tampar.
Tuesday, January 25, 2011
Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Pelajar Tahun Enam
Majlis Perjumpaan Ibu Bapa/Pelajar Tahun Enam bersama Pentadbir Sekolah Kali Pertama 2011 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Wawasan SK Bunut Payong pada jam 3.30 petang. Kehadiran ibu bapa adalah seramai 72/73 orang, sambutan dan sokongan yang amat baik dari pihak ibu bapa. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan pelajar Tahun Enam serta semua guru SKBP yang hadir pada hari ini.
Thursday, January 20, 2011
Kunjungan dari JPN
Sepanjang sekolah dibuka, SK Bunut Payong sentiasa dilawati oleh pegawai-pegawai dari PPD dan JPN. Hari ini SKBP dikunjungi lagi oleh Tn. Hj Rozmi bin Abd. Rahim, Penolong Pengarah Kurikulum, Sains Menengah/Teknik Vokasional. Pemantauan kali ini berkaitan dengan e-cakna, di samping itu beliau juga memantau Tahun 1 (Transisi) dan juga mencerap Guru Tahun 6. Beliau juga bertemu dengan Penyelaras KSSR bagi mendapat maklumat tentang pelaksanaan KSSR sekolah ini.
'Bicara Ilmu' pula telah diadakan selepas waktu persekolahan, semua guru hadir di samping housekeeping oleh Pn. Sharifah Rahayah Syed Ahmad, Guru Besar,Taklimat TMK/KSSR juga telah disampaikan oleh Penyelaras KSSR, Pn Yusnee Yusoff yang juga selaku JU TMK/KSSR.
Sekitar 'Taklimat KSSR/TMK
Subscribe to:
Posts (Atom)
