Wednesday, January 19, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa KSSR Kali 1/2011

Mesyuarat JK KSSR Kali Pertama telah diadakan pada 19 Januari 2011 bertempat di Bilik Gerakan SK Bunut Payong. Mesyuarat pertama ini bagi membincangkan perancangan dan aktiviti Unit Kurikulum KSSR SKBP serta pengesahan jawatankuasa KSSR bagi tahun ini. Mesyuarat dihadiri oleh Pn. Hjh Norlin Othman (Pen. Kanan Pentadbiran), Pn. Yusnee Yusoff (Penyelaras KSSR/JU TMK) serta semua guru yang mengajar Tahun 1.

Sunday, January 09, 2011

Perhimpunan Kali 1/2011

Perhimpunan Kali Pertama 2011 telah diadakan pada 9 Januari 2011 bertempat di Dewan Wawasan dan Majlis Penyampaian Sijil-Sijil Penghargaan kepada Ketua-Ketua Panitia, Ketua-Ketua Unit HEM dan juga Penyelaras-Penyelaras /Ketua-Ketua bagi Kokurikulum 2011 telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Bunut Payong.

Tuesday, December 21, 2010

Mesyuarat Guru Kali 1/2011

Mesyuarat Guru Kali 1/2011 telah diadakan pada 21 Disember 2010, bertempat di Bilik Gerakan. Setinggi-tinggi penghargaan & ucapan jutaan terima kasih kepada semua guru di atas komintmen yang telah diberi dalam membangunkan pendidikan sekolah dalam semua bidang sepanjang tahun 2010. Kolabrasi sebagai satu pasukan kerja yang mantap di kalangan warga sekolah sangat membanggakan di mana ia berteraskan kepada slogan 'sense of belonging', di antara mukadimah admin sekolah. Taklimat ringkas mengenai pelaksanaan KSSR tahun 1, MBMMBI, persediaan awal persekolahan, pengurusan tahun 2011 serta 'house keeping' dalam memperkasakan sekolah dan juga peranan pendidik sebagai 'core bussiness' kerja buat. Pembangunan modal insan hendaklah diberi perhatian yang serious untuk memastikan perkembangan pendidikan murid seimbang di peringkat sekolah rendah lagi. Perancangan untuk menghadapi tahun2011 telah selesai dengan harapan apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya...insyaallah.. terima kasih kepada semua yang hadir

Sunday, December 05, 2010

Mesyuarat Perancangan Strategik

Mesyuarat Perancangan Strategik telah diadakan pada 5hb Disember 2010 bermula 8.30 pagi.