Wednesday, February 24, 2010
GURU FAKTOR PENENTU PEMBANGUNAN PENDIDIKAN SEKOLAH -Sekitar Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Guru Penyelaras....
Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Guru Penyelaras Unit-unit Kurikulum, HEM dan Ko-Kurikulum telah diadakan pada 21 Februari 2010 (Ahad) bertempat di Dewan Wawasan. Dalam ucapan ringkas Guru Besar menyarankan kepada semua warga guru skbp perlu memberi fokus terhadap P&P berkualiti dan efektif dalam meningkatkan pembangunan pendidikan sekolah ini. Guru berkualiti merupakan faktor penentu kepada peningkatan prestasi sekolah dan pencapaian murid. Pendekatan 'fun learning' dalam proses pelaksanaan P&P akan dapat memerangsangkan murid-murid untuk belajar dengan lebih seronok sesuai dengan alam pendidikan di peringkat rendah. Maka kreativiti serta inovasi pengajaran perlu diterokai oleh semua guru dalam memastikan P&P mereka menarik minat murid. Segala bentuk proses pembelajaran 'formal& informal' peranan utama terletak pada tanggungjawab guru. Sempena dengan perlantikan ini secara rasmi semua guru perlu sempurnakan amanah dan tanggungjawab dengan terbaik dan bersungguh-sungguh dalam merealisasikan SKBP antara sekolah cemerlang di Kelantan pada tahun ini. Beliau mengucapkan tahniah & syabas pada semua warga sekolah di atas peningkatan yang cemerlang UPSR pada tahun lepas. Dari 81.6% (2008) kepada 92.77% (2009)'Teaching is a work of a heart', if students do not learn the way we teach, then let us teach the way they learn. Do know every child has the ability to learn, and to do well in school. There is no such thing as a stupid child, only boring lessons. 1SKBP - Pupils First, Performance Now.
Saturday, January 23, 2010
PERTUKARAN PKP
Pertukaran setara di antara Penolong Kanan Pentadbiran Puan Siti Ruhanah bt Harun SK Bunut Payong dengan Penolong Kanan Pentadbiran Puan Hajah Norlin SK Zainab 2.
Barisan pentadbir dan seluruh warga sekolah SK Bunut Payong ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas jasa , usaha, kerjasama serta komitmen yang telah disumbangkan kepada peningkatan pencapaian kurikulum khususnya peningkatan pencapaian UPSR sekolah ini. Kami doakan kesejahteraan serta lebih cemerlang selaku PKP SK Zainab 2 yang dikenali sebagai sekolah Kluster.
Kami juga mengalu-alukan kedatangan Puan Hajah Norlin, semoga dengan pengalaman beliau ada dapat memberi input baru serta idea bernas dalam memperkasakan sekolah ini dari semua aspek dalam pembangunan pendidikan khususnya kecemerlangan UPSR.
'Yang Patah Tumbuh Yang Hilang Berganti'.
InsyaAllah....................
Saturday, January 02, 2010
Solat Hajat Sempena Tahun Baru 2010
Friday, January 01, 2010
Monday, December 21, 2009
Mesyuarat Guru Kali Pertama 2010
Mesyuarat Guru Kali Pertama 2010 telah diadakan pada 21 Disember 2009 , jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan SKBP. Guru Besar telah merakamkan ucapan tahniah serta syabas di atas komitmen guru-guru pada tahun ini (2009) yang menghasilkan lompatan saujana keputusan pencapaian UPSR dari 81.9 % kepada 92.7% dengan 13 orang murid 5A. Dengan mot0 'success & winning is teamwork' tahun 2009 maka dengan 'sharing, caring & collaborating to success' adalah moto tahun 2010. Visi, misi serta objektif sekolah perlu dihayati dan dikongsi bersama dengan keseluruhan warga sekolah untuk mencapainya. 'Honest heart produce honest action adalah tunggak utama guru berkualiti, berkesan dan cemerlang. Merealisasi P&P berkesan dan berkualiti adalah tunjang ke arah peningkatan pencapaian akademik murid. 1 kerusi,1 meja, 1 set buku teks, 1 guru & 1 buku rekod mengajar berada dalam kelas adalah persiapan menjelang tahun 2010............
Subscribe to:
Posts (Atom)


