Monday, January 12, 2009
JIKA HARI INI.........
Jika hari ini....................
Rempit bermaharaja lela
Peragut berleluasa
Perogol menunggu mangsa
Penagih meningkat setiap masa
Anak haram senang dicerita
Anak-anak tinggi suara
Anak-anak biadab belaka
Golongan muda angguh berbicara
Anak buah tidak patuh ketua
Budaya asing dibangga
Wang emas dipuja
Materialistik dikiblat jua
Nilai dalaman dilupa
Maruah bangsa dinoda
Tidak lain tidak bukan
sejarahnya bermula
dari kecuaian guru belaka…..
‘silent killer’
pembunuh bangsa ……………
perosak negara…………….
Thursday, December 25, 2008
Memori 2008 (Latihan Dalam Perkhidmatan)
Rakaman LDP yang telah diadakan pada 8 dan 15 November 2008.
Sunday, November 16, 2008
TRANSFORM KANTIN KE WAJAH BARU -2009
Bermula hari ini 'cafe sri payong' dalam operasi bertukar wajah dengan berkonsepkan tenang & damai serta berilmiah mula dijelmakan. Dengan semangat pasukan kerja yang mantap keseluruhan warga sekolah tampil dalam proses melaksanakannya secara gotong royong.
Gurauan mesra warga kedengaran,
Makan minum sentiasa seiring terhidang,
Pakatan kerjasama jelas kelihatan,
Dalam merealisasi apa yang dirancang.
Terima Kasih kepada semua warga sekolah di atas komitmen kalian.
Friday, November 14, 2008
TAHNIAH & SYABAS PENINGKATAN UPSR (5 'A' SERAMAI 16 ORANG)
Syabas dan tahniah di atas peningkatan Pencapaian 5A UPSR ...seramai 16 orang.
Kepada anak-anak Ummie yang telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian cemerlang dalam UPSR . Kepada semua guru-guru SKBP , khususnya guru-guru Tahun Enam, jutaan terima kasih di atas komitmen , kesungguhan , keikhlasan dan pengorbanan kalian yang tidak kenal erti penat lelah dan mengalah dalam mendidik anak-anak SKBP yang mana mereka memerlu dan bergantung harapan sepenuhnya dari guru-guru dalam mencorak diri,menentukan hala tuju serta membina kejayaan diri.
Kepada anak-anak Ummie yang berjaya semoga kalian terus mengorak langkah dengan cemerlang di sekolah menengah nanti. Anak yang cemerlang asas akhlak yang cemerlang.
Best wishes
Subscribe to:
Posts (Atom)
