Saturday, April 05, 2008
PRINSIP ETIKA KERJA GURU
NIAT YANG BETUL
PERLAKUAN YANG BAIK
PENGGERAK KE ARAH KEBAIKAN
MEMPERKOTAKAN APA YANG DIKATAKAN
BERDISIPLINAN BERADAB
(akan dijelaskan kemudian)
ETIKA KERJA GURU
Nilai Utama Dalam Etika Kerja Guru
AMANAH
BENAR
BIJAKSANA
BERSYUKUR
DEDIKASI
IKHLAS
PENYAYANG
SAHSIAH GURU MUSLIM & KEBERKESANAN PENDIDIKAN ISLAM
Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka.
Sifat & ciri guru muslim merangkumi
a) sifat rohaniah
- keimanan yang kenatl kepada Allah swt.
- keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan & aeluruh para Rasul
- sifat-sifat keimanan asas yang lain.
b) sifat-sifat akhlak
- benar & jujur
- menepati janji
- amanah
- ikhlas dalam perkataan dan perbuatan
- merendah diri
- sabar, tabah & cekal
- pemaaf & toleransi
- menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud & qanaah
c) sifat mental, kewajipan & jasmani
* sifat mental
- cerdas (kepintaran teori, amali & sosial)
- menguasai mata pelajaran takhassus
- luas pengetahuan am
- cenderung kepada pelbagai bidang akliah, & ilmiah yang sihat
- mengenal ciri, watak, kecenderungan & keperluan murid
- fasih, bijak & petah dalam penyampaian
* sifat kejiwaan
- sifat tenang & emosi yang mantap
- optimistik dalam hidup (penuh harap kepada Allah & tenang jiwa mengingatiNya)
- kepercayaan kepada diri & mempunyai kemahuan yang kuat
- bersifat lemah lembut & baik dalam pergaulan
- berfikiran selesa & boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat
* sifat fizikal
- sihat tubuh badan & terhindar dari penyakit
- berperawakan cantik/tampan, kemas dan bersih
Saturday, February 16, 2008
JI (Janaan Ilmuan) subset Bicara Profesional
Dalam program pembangunan profesionalisme keguruan 'Bicara Profesional' yang diadakan setiap hari Khamis bermula jam 12.45 membicarakan tentang apa saja berkaitan dengan 'core bussiness' sebagai seorang pendidik yang berlegar dengan isu 'P&P berkesan'. Pada 14 Feb baru-baru ni, satu program baru JI singkatan dari Janaan Ilmuan telah diperkenalkan oleh pihak pentadbir untuk menyemai & memupuk budaya membaca di kalangan warga pendidik SKBP. Sebagai permulaan GB telah mengupas isu dari hasil bacaannya tentang kemahiran & kreativiti pendekatan dalam pelaksanaan proses P&P perlu diambilkira adalah pelbagai kecerdasan murid serta mengutamakan pembelajaran berfikrah ke arah 'enjoyful learning'. Serta PKP pula mengulas tentang sikap dan budaya kerja yang dirumuskan dari sebuah artikal majalah ilmiah 'Pendidik'. Setiap minggu 2 orang guru yang terlibat membuat sinopsis bacaan yang berbentuk ilmiah untuk dikongsi bersama.
Bagi mereka yang positif nampaknya tenang.....tapi mungkin ada yang merungut dalaman entahlah.......jawabnya sikap. Sebagai seorang pendidik bila membaca tentang apa saja yang berkaitan 'core bussiness' semakin banyak kita tak tahu dan tak puashati dengan kerja buat seharian. kesian anak-anak kita kalau tidak diberi hak dan peluang pada mereka kegagalan menanti di atas kecuaian kita. Nasib mereka di tangan para pendidik jangan sekali-kali mereka dipersalahkan.
'No child left behind' (Tiada murid dipinggirkan) adalah program pemulihan secara mega iaitu tahap bacaan murid hendaklah selaras dengan tahap perkembangan murid. Contohnya murid tahap 2 boleh membaca dan faham apa yang dibaca. Pelaksanaan adalah murid terlibat dijadikan anak angkat guru-guru dan yang pastikannya objektif tercapai dengan daya kreativiti mereka.
'Yang membahagiakan seseorang adalah apabila melaksanakan tanggungjawab dengan gembira'
Friday, February 01, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
