Friday, October 26, 2007

duit raya dari cikgu


Pada hari akhir persekolahan sebelum menjelang 1 Syawal murid-murid SKBP telah menerima duit raya dari sumbangan guru. Tenang dan tekun mendengar pesanan 'Jaga keselamatan semasa berhari raya'.
'Terima kasih cikgu, maaf zahir & batin'


Friday, October 19, 2007

TQ Year 6 teachers

SOKONGAN, KERJASAMA SERTA USAHA AMAT PENTING UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN, PEMBAHARUAN SERTA PENINGKATAN DALAM SESUATU USAHA KE ARAH MEMENUHI HASRAT VISI DAN MISI SEBUAH ORGANISASI. DALAM MEREALISASIKAN HASRAT MURNI INI DEMI GENERASI, BANGSA DAN NEGARA , ELEMEN KOLABORASI DAN KERJASAMA ADALAH JAWAPANNYA.

TIADA KATA, TIADA MADAH YANG BOLEH DIJELMAKAN HANYA DENGAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS PENGORBANAN DAN USAHA KALIAN.

SALAM HORMAT

Thursday, October 18, 2007

insentif ummi


Mereka adalah murid-murid kelas ketiga SBT yang telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian dan kesungguhan serta berminat dalam pembelajaran.
Pulang dari KFC - insentif dari 'ummi'

Wednesday, October 17, 2007

program & aktiviti

1. Pembangunan Staf - Bicara Profesional Sejenak Bersama 2. 100 % celik 3M - 'Bacalah duhai sayang' 3. Unit HEM - Cakna Diri (Disiplin) 4. Akademik - kreativiti & inovasi P&P science & mathematics (Learn science & maths thru' songs -'LsmTS') 5. Kokurikulum - Kijang Emas - bola tampar & badminton

sekolahku rumahku

Konsep 'SKBP Resort Ilmuan' merupakan motto keceriaan sekolah yang meliputi 3k yang disarankan oleh KPM ke arah merealisasikan sebuah sekolah cemerlang dan berkesan di antara dalam perancangan strategik sekolah yang telah dikenalpasti sebagai asas awal untuk mengorak langkah.


Keselesaan dan ketenangan suasana dan persekitaran
boleh membantu peningkatan prestasi pencapaian pelajar.

Prasarana sekolah yang cantik, bersih dan kondusif hendaklah diberi perhatian kerana ia boleh memberi kesan yang positif terhadap rangsangan minda pelajar.



Tuesday, October 16, 2007

Sambutan Hari Merdeka

Sambutan hari kemerdekaan yang diadakan pada setiap tahun sebagai acara wajib sekolah untuk menanam semangat patriotik dalam jiwa setiap pelajar.

Monday, October 15, 2007

Under Construction

Web blogger ini dalam proses pembinaan